Ayam

Cara Buat Kari Ayam dengan Pes Rempah Kari Homemade

kari-ayam-pes-rempah-kari-homemade

Kari Ayam dengan Pes Rempah Kari Homemade

Kadangkala nak masak kari, rempah kari pula tak ada. Kadang-kadang tak ada masa nak tumis lama-lama. Jangan bimbang, kita buat rempah dan pes kari ayam/daging sendiri. Boleh juga dibuat rempah frozen untuk diguna bila nak cepat.

Saya kongsikan di sini, resepi paste kari untuk 1.5 – 2 ekor ayam dengan step by step pada setiap gambar. Paste ini memang saya tak letak daun kari sebab bila hampir masak karinya, saya masukkan daun limau purut.

6-8 bawang merah (kalau mahu boleh tambah)
3-4 bawang putih
1/2 inci halia
2 batang serai di hiris
Sedikit garam
Blend hingga halus.

1. Tumis hingga garing dan pecah minyak.

2. Rempah Kari: (Saya guna resepi dari internet, tapi olah dan tambah sana-sini untuk kesesuaian rasa)

Cuci, sangai, jemur dan kisar halus:

5 camca besar ketumbar
1 camca kecil jintan putih
1/2 camca kecil jintan manis
3/4 camca kecil serbuk kunyit
7-10 cili kering (kalau suka pedas lebihkan)
1 kulit kayu manis besar kelingking (patah-patahkan)
6 buah pelaga
6 bunga cengkih

(Saya tak tumis lagi rempah 4 sekawan, sebab sudah cukup rasa dalam rempah kisar ini).

3. Bila bawang tadi telah garing, perlahankan api, masukkan serbuk rempah yang di mesin halus.

4. Tumis api perlahan dalam dua minit. Kacau elok-elok jangan sampai hangit. Nanti pahit pula kari.

5. Apabila rempah sudah wangi, masukkan secawan atau secawan setengah air. Kacau rata. Renihkan rempah dengan api perlahan antara 20-40 minit. Lagi lama lagi sedap.

6. Apabila rempah telah pekat, garing dan pecah minyak, rasa sedikit. Pastikan rempah sudah tidak pahit. Kalau mahu disejukkan untuk kegunaan hadapan, boleh berhenti setakat di sini.

Jika mahu terus memasak kari, masukkan ayam dan biarkan kecut (dalam 10-15 minit), sebelum di tambah santan cair dan kentang. Apabila ayam lembut (dalam 30 minit), masukkan santan pekat. Rasa garam, tambah tomato dan daun limau. Renih lagi 5 minit, siap.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Penafian: Resepi dan gambar adalah hak milik Puan Ida Alina Salih yang dikongsikan dalam Group Facebook Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Anda boleh lawati laman Facebook beliau, Ida Alina Salleh.