Biskut Black Walnut Kitkat Nampak Premium dan Mewah

Biskut Black Walnut Kitkat Nampak Premium dan Mewah

Rupa tak ada tapi Rasa dia MasyaAllah. Harum semerbak satu rumah bau kukis ni, ranggup dan premium mewah dengan pelbagai rasa. Anak zie siap nak bawa pergi sekolah nak bagi kawan-kawan rasa katanya.

Bahan A:

  • 3 ketul butter (250gm x 3)
  • 2-3 cawan gula perang lembut atau ikut manis disukai
  • 3 sudu besar gula kastor
  • 2 sudu kecil butter vanilla
  • 2 sudu besar coklat emulco
  • 6 sudu besar minyak jagung

Satukan semua bahan dan kacau rata sahaja jangan sampai kembang.

Bahan B Kering:

  • 4 cawan teh tepung gandum bakers choice
  • 2 cawan teh tepung jagung
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 1/2 sudu kecil emplek
  • 1/4 cawan teh serbuk dark coklat
  • 1/2 cawan serbuk coklat cadbury (atau boleh guna serbuk koko biasa)

Ayak semua bahan di atas dalam besen.

Bahan D:

  • 1 bungkus coklat kitkat – dipotong kecil
  • 1 cawan kacang badam nibs
  • 1/2 cawan coklat chip
  • 1/2 cawan mini cornflakes
  • 1 cawan cornflakes kisar

Cara Membuat:

1. Kacau bahan A dengan senduk kayu sekadar rata dan masukkan bahan B yang telah diayak, masuk separuh-sepruh dahulu. Sambil tu, kacau hingga adunan tidak terlalu keras atau lembik. Jika terlalu lembik tambah tepung gandum.

2. Masukkan semua bahan D dan kacau rata semuanya. Adunan mesti lembut tapi tidak lembik melekat ditangan. Simpan adunan selama 1 jam atau lebih dalam peti sejuk.

3. Panaskan oven sebelum bakar. Sudukan adunan saiz kecil di atas loyang dan letak coklat kitkat yang dipotong atasnya bersama kacang walnut (kacang ni perlu dibakar/sangai dahulu separuh masak).

4. Akhir sekali, bakar biskut pada suhu 165c selama 35 minit atau sehingga masak. Siap.

Cuba Ni Pula, Belgium Chocolate Cookies Rangup dan Sedap >> LIHAT DI SINI

Biskut Black Walnut Kitkat Nampak Premium dan Mewah

Resepi Oleh: Aisyah Humaira