Kari, Sayur

Resepi Pajeri Nanas Kuah Pekat Lebih Sedap

resepi-pajeri-nanas-kuah-pekat-lebih-sedap

Resepi Pajeri Nanas Kuah Pekat Lebih Sedap

Tetiba tertelan air liur. Huu lama dah tak masak pajeri nanas ni. Padanan pun kena dengan ayam goreng mamak. Selalu makan dengan ikan kering kan? Cikgu suka suai padankan dengan gabungan lagi menarik.

Bahan dan Cara Memasak:

1. Bahan-bahan dikisar sehingga lumat;

  • 6 biji bawang merah saiz syiling 20 sen
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 hiris nipis halia
  • 1 sudu besar udang kering

2. Panaskan minyak. Tumis 3 sekawan. Kemudian masukkan bahan kisar tadi. Biarkan sehingga wangi. Masukkan 1/2 sudu kecil cili kisar atau serbuk cili Baba’s.

3. Selepas itu masukkan 2 sudu besar rempah kari. Biarkan sedikit garing. Guna api perlahan sahaja. Barulah masukkan air masak secawan.

4. Tunggu sehingga tumisan pecah minyak. Barulah perasakan untuk peringkat pertama. Masukkan 1/2 keping nisse kampung atau gula melaka. Juga sedikit garam dan serbuk perasa jika perlu. Biarkan rasa sebati.

5. Barulah dimasukkan santan sebanyak 1 senduk. Masukkan sedikit sahaja air kerana nanti air dari buah nanas akan keluar lagi. Sementara itu, bolehlah sediakan buah nanas. Cikgu buat hanya separuh biji sahaja.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kari Ayam ala Sugu Pavrita

6. Selepas dibuang kulit dan ‘mata’nya, hiris buah nanas dalam seinci lebih tebal supaya nanas tidak mudah hancur. Tak nak potong dua pun terpulang.

7. Selepas kuah pecah minyak elok, susun nanas tadi ke dalam periuk. Balik-balikkan seketika. Guna api perlahan sahaja. Sesudah nanas mula masak, masukkan 1 sudu kecil kerisik. Juga masukkan tambahan perasa peringkat kedua.

8. Selepas kuah memekat dan cantik, bolehlah ditutup apinya. Huishhhh sedap kan pajeri nanas tu? Masam masam manis sedikit masin. Fuhhh. Siap dihidangkan. Selamat mencuba.

Resepi Pajeri Nanas Kuah Pekat Lebih Sedap

Resepi Oleh: Afy AL Habibi