
Resepi Overnight Bomboloni Dengan Blueberries Cream Cheese
Bahan-Bahan Untuk 16 Biji:
- 1/4 cawan gula
- 3/4 cawan air suam/susu segar suam
- 1 sudu teh yis
- 3 biji telur grade A
- 4 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil parutan lemon
- 1 sudu kecil garam
- 100g pure butter suhu bilik potong-potong kiub
Cara Membuat:
1. Masukkan gula dan yis ke dalam air suam/susu segar suam dalam mangkuk besar. Ketepikan selama kira-kira 10 minit atau sehingga yis mula gelembung.
2. Dalam mixer, pukul telur, masukkan butter, tepung, lemon zest dan campuran yis dalam mixer. Putar kira-kira 5 minit, kemudian masukkan garam putar lagi sampai elastik licin glossy (check windowpane) kalau dah ada tu okay dah.
3. Peram Doh; Tutup mangkuk dengan plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik selama kira-kira 2 jam, atau sehingga dua kali ganda saiz. Punch atau tumbuk adunan, kemudian tutup semula mangkuk. Letakkan di dalam peti sejuk untuk rehat kan selama 12-16 jam (overnight).
4. Bentukkan doh; Keesokan harinya, ambil doh keluar dari peti sejuk, rehatkan sebentar dan gelekkan doh terap guna gelas atau bahagi dan bulatkan serta rounding dalam 70g.
5. Letakkan di atas dulang pembakar yang dilapik dengan kertas parchment dan tabur tepung sedikit, susun adunan dan jarakkan antara donat dan peram sekali lagi kira-kira 2 jam, atau sehingga kira-kira dua kali ganda saiz. Goreng selama 2-3 minit pada setiap belah atau goreng sehingga bertukar warna keemasan.
6. Isi blueberry cream cheese atau krim kesukaan ke dalam piping bag. Guna chopstick buat lubang di bahagian tepi donat, golekkan donat ke dalam gula dan paip krim kesukaan ke dalam setiap donat. Boleh di makan terus atau simpan dalam bekas kedap udara. Enjoy!.
Blueberry Cream Cheese
Bahan-Bahannya:
- 1 cawan fresh/frozen blueberries
- 1/3 cawan maple syrup
- 500g Philadelphia cream cheese atau brand kesukaan
Cara Membuat:
1. Dalam periuk kecil, panaskan blueberries dan sirap maple pada api sederhana masak selama lebih kurang 8 minit. Tutup api dan ketepikan sebentar.
2. Guna blender kisar anda campuran blueberry sehingga halus. Kemudian masukkan, cream cheese kedalam campuran blueberry dan kisar sehingga sebati, siap dan boleh isi ke dalam piping bag.
Resepi Oleh: Lina Thomas