Masakan Korea, Sambal & Pencicah

Resepi Pes Pedas Korea Gochujang

resepi-pes-pedas-korea-gochujang

Resepi Pes Pedas Korea Gochujang

“Zue, ada cara tak nak buat pes Gochujang sendiri selain daripada beli?”

Ada, boleh je buat sendiri, jangan risau. Walaupun cili yang digunakan tu lain tapi boleh je kita hasilkan rasa yang sama.

Atas pemintaan rakan saya, saya buat homemade untuk dia. Rasa pes Korea sama rasa seperti pes cili biasa, cuma Korea punya bau cilinya lebih beraroma.

Bahan Yang Perlu Disediakan Adalah:

  • 1sb tepung pulut
  • 1sb taucu masin – saya lenyek dan tapis jadikan pes.
  • 2 paket kecik serbuk cili – saya guna jenama Babas, itu je yang dijual di kedai runcit berdekatan.
  • 2sb kicap masin
  • 2sb kicap pekat
  • 2sb madu
  • Air untuk dibancuh dengan tepung pulut

Cara Membuat:

1. Bancuh tepung pulut bersama air dan masak di atas periuk sehingga menjadi bubur. Dah jadi bubur, padam kan api ya.

2. Semasa bubur masih panas, terus kita masukkan serbuk cili dan gaul sebati. Masukkan pes taucu atau taucu lenyek tadi. Masukkan kicap cair dan kicap pekat.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Makanan Korea Tteokbokki

3. Akhir sekali masukkan madu. Gaul sebati sehingga semua bahan menjadi likat. Boleh simpan di dalam peti sejuk untuk diperam. Makin lama disimpan, makin sedap rasanya. Sedia digunakan pakai untuk sebarang masakan.

Resepi Pes Pedas Korea Gochujang

Resepi Oleh: Zurina Zulkefli