Cara Buat Donut ada Ring dan Tak Serap Minyak
Dah umur 50an, 20 tahun lebih jadi isteri orang baru pandai buat donat/bomboloni ada ring dan tak serap minyak. Rupanya hanya perlu tahu teknik rounding dan masak sahaja. Resepi kebanyakkan sama semuanya. Belajar dari gugel, tiada guru PJJ berbayar, jadi kalau nak tahu, boleh la kita share share ilmu.
Resepi kalau biasa buat, sama saja. Cuma teknik rounding tu bagi cantik. Try search “cara rounding donat” kat youtube jika nak belajar. Ini resepi (edit sedikit untuk kesesuaian diri sendiri). Adunan ini menghasilkan 12 biji donut berat 40gram.
Cara Buat Donut/Bomboloni:
Bahan A –
- Setengah paket yis segera + air setengah cawan + susu 3 sudu, kacau, tutup dan biarkan sebentar supaya pasti yis tiada masalah.
Bahan B –
- 1 setengah cawan Tepung Protein Tinggi (Tepung Roti)
- 1/2 cawan tepung gandum serbaguna (saya guna tepung cap rose)
- 1 biji Kentang (sudah di rebus & lenyek)
- 1 sudu Gula aising/kastor
- 1 sudu kecil Bread Improver (pilihan, kalau tak nak letak pun takpa)
- 2 sudu Susu Serbuk
- 1 biji telur
- 1 sudu baking powder
- 1 cubit garam
- 1 sudu Mentega/Marjerin
Cara Buat: Campur semua bahan B, gaul/masukkan dalam bread maker. Lepas tu bahan A dituang sedikit demi sedikit hingga adunan tak lekat dibekas/tangan.
Tips Penting – Cara Mengetahui Kepekatan Adunan Yang Betul:
1. Masukkan bahan cecair sedikit demi sedikit, supaya nanti tak terlebih lembut dan adunan hingga susah di bentuk.
2. Apabila doh dipegang akan rasa melekat sikit di tangan. Kalau tak melekat laangsung tu tanda kurang cecair sikit. Kalau pegang sanagt melekat itu tandanya terlebih cecair (Setiap tepung mempunyai kelembapan dan tahap serap air yang berbeza, sebab itu kena tuangkan cecair sedikit demi sedikit).
Cara Mengetahui Tahap Proof Doh:
1. Underproof – Apabila jari di tekan pada doh, doh memantul semula ke bentuk asal tanpa meninggalkan kesan.
2. Proofed – Jari di tekan, doh memantul secara perlahan dan kembali sehingga separuh bentuk asal sahaja ( tidak kembali 100%).
3. – Apabila, jari di tekan, doh x memantul lagi, dan kesan jari kekal sama.
Tips Mengurangkan Serapan Minyak Ketika Menggoreng:
1. Buka penutup atau kain tutupan doh 10 hingga 15 minit sebelum digoreng, agar permukaan luarnya menjadi sedikit kering dan apabila di goreng mengurang penyerapan minyak. Pastikan di buka sewaktu belum proof sepennuhnya.
2. Balikkan sekali sahaja ketika menggoreng.
Tips Tambahan:
1. Nak rounding tu, pastikan bulat cantik dan letak atas kertas tabur sedikit tepung. Senang nak angkat goreng satu satu. Kertas 4 segi kecik-kecik (saya guna A4 paper, potong jadi 6 keping).
2. SELEPAS ROUNDING, tunggu 10-20 minit, lepas tu leperkan dan lubangkan (saya guna penutup botol). Kemudian pruf lagi 30 minit sebelum goreng. Goreng api yang perlahan (macam tak nampak dia berbuih goreng tu, dia pelan jer minyak dalam kuali).
3. Biasanya tidak menunggu lama sebab untuk rounding dari pertama sampai ke akhir tu, lebih kurang 10-20 minit. Jadi, selepas selesai kita rounding, kita dah boleh start leperkan sedikit dan tebuk lubang satu demi satu. Jika buat laju, boleh la tunggu sebentar.
Selamat Berjaya
Resepi Oleh: Norizan Mamat