German Cheesecake Ada Beza Dari Cheesecake Biasa

German Cheesecake Ada Beza Dari Cheesecake Biasa

Sedap! Pencinta cheese akan suka je walau apapun bezanya. Beza German Cheese Cake dengan cheese cake classic yang lain ialah dari segi crust dan sedikit perbezaan adunan cheesenya. Jom, kita tengok bahan-bahan dan kaedahnya.

Bahan Crust:

  • 150gm tepung gandum
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 70 gram butter
  • 1 biji telur
  • 1/8 sudu teh garam

Cara Buat Crust:

1. Yang ni campur semua dan putar sehingga jadi sebati dan boleh digelek atau dibentukkan.

2. Masukkan adunan ke dalam loyang bulat dan ikut shape loyang. Letak tepi, tak perlu bakar dulu. Cucuk- cucuk sikit ngan garfu biar masak sekata.

Bahan Adunan Cheese:

Bahan A –

  • 500gm cream cheese (suhu bilik)
  • 100gm gula kastor
  • 2 biji kuning telur (putih ketepikan, guna kat C)
  • Sedikit jus lemon

+ Semua bahan di atas, putar hingga sebati.

Bahan B –

  • 200gm whipping cream

+ Putar hingga kental.

Bahan C –

  • 2 biji putih telur

+ Putar hingga bertanduk

Cara Membuat:

1. Panaskan oven 175C, masukkan loyang cheese cake, bakar (tak perlu water bath) dan bakar pada masa 50 minit – 1 jam. Kalau taknak atas cheese cake burnt, letak aluminium foil atas loyang selepas 30 minit dalam oven. Ikut suka mana nak.

2. Selepas 1 jam, keluarkan dan biar sejuk/set. Dah sejuk, masukkan dalam chiller untuk makan waktu sejuk-sejuk, lagi sedap!.

3. Kalau tak sabar sangat, panaskan pisau potong kek dengan air panas, lap dan potong lah. Atau, cedok je lah dengan sudu. Keras sikit kat crust tu lah. Tapi percayalah, rasa dan rupa crust tu add on value kepada kesemuanya!.

4. Nikmatilah kesedapannya, nikmatul rosdiah gitu!. Sekian, selamat membuatnya dan share lah, moga bermanfaat, boleh buat jualan dah from the first try, selamat menjerman cheesecake semua!.

German Cheesecake Ada Beza Dari Cheesecake Biasa

Resepi Oleh: Nieza Nor Hamnira