Resepi Niaga Kek Batik Melting Dark Choc
Salam semua. Hari ni saya nak share resepi Kek Batik Melting Dark Choc. Alhamdulillah resepi ni saya buat niaga dah banyak terjual, cumanya sekarang ni saya dah hilang fokus untuk berniaga jadi saya sharekan kepada orang lain untuk jadikan sumber pendapatan. InshaAllah.
Bahan-Bahan:
- 100g buttercup ketul
- 3/4 cawan air panas
- 1/2 cawan milo
- 1/4 cawan serbuk chocolate beryls
- 1/4 cawan susu pekat
- 1 biji telur
- 1 sudu kecil esen vanila
- +- 300g biskut meri (saya guna jenama Shoon Fatt. Saya tak timbang. Guna 2 pack kecil sahaja.)
Bahan Topping:
- 200g beryls dark choc coin
- 200ml whipping cream
- 15g buttercup ketul
Cara Membuat:
1. Cairkan butter, masukkan 1/2 cawan air panas dulu. Kemudian, masukkan milo dan serbuk coklat. Kacau rata. Masukkan susu pekat, telur dan esen. Kacau rata. Kalau tengok agak pekat, masukkan lagi air panas 1/4 cawan.
2. Seterusnya, masukkan biskut meri, dah kacau rata biarkan sekejap (biasanya saya tutup pan dengan tudung periuk supaya biskut lembut dan memudahkan kita untuk mampatkan ke dalam loyang).
3. Bila biskut dah lembut, transfer ke loyang 7×7, padatkan. Bahan topping masak secara double boil, bila dah cair semuanya boleh tuang ke atas biskut dalam loyang tadi. Sejukkan dalam peti ais selama 4-6 jam sebelum potong.
Nota:
- Disebabkan milo dah diboikot, boleh tukar kepada bahan lain. Ada orang cakap brand socolics seakan-akan rasa milo. Boleh cuba (saya tak pernah lagi tukar sebab masih ada stok milo di rumah).
- Tekstur kek batik ni adalah lembut dengan topping yang tebal (bukan crunchy ya).
- Biskut meri so far saya guna yang shoon fatt ni rasa ok untuk saya. Banyak pilihan lain di luar sana jugak. Saya pernah guna biskut meri yang di re-pack beli dekat bakeri tapi rasa kurang sedap.
Biskut Marie Jenama Shoon Fatt >> LIHAT DI SINI
Guna Dark Chocolate Beryls Lebih Sedap >> KLIK DI SINI
Selamat mencuba.
Resepi Oleh: Ana Nurul Farhana