Kek Batik Marie Topping Coklat Kesukaan Anak-Anak
Cara buat Kek batik biskut marie dengan topping coklat ganache kesukaan anak-anak di rumah. Dah berapa kali buat. Sedap. Siapa suka? Saya ikut resepi ni;
Bahan-Bahan Kek Batik:
- 2 pek / 540-600g biskut marie
- 1 ketul / 200g butter (unsalted/salted)
- 1/2 cawan / 153g susu pekat
- 1/2 cawan / 50g serbuk koko
- 1 cawan / 120g serbuk milo
- 1//2 cawan / 118 ml air panas
- 1//2 sudu kecil garam (kalau guna unsalted butter)
- 1 biji telur
- 1 sudu kecil ekstrak/esen vanila
Bahan-Bahan Topping Coklat Ganache:
- 200ml /200g whipping cream
- 200g dark chocolate
- 1 sudu kecil ekstrak/esen vanila
- 1 sudu besar butter
Cara Buat Kek Batik:
1. Patah-patahkan biskut marie. Panaskan butter sehingga cair kemudian masukkan susu pekat, serbuk koko dan serbuk milo. Kacau sampai tak berketul.
2. Masukkan air panas, garam (kalau guna unsalted butter), telur dan esen vanila. Kacai sampai halus licin. Tuang biskut marie yang dipatahkan tadi sikit demi sedikit.
3. Tuang ke dalam loyang yang dah dilapik kertas baking atau plastik. Ratakan dan tekan rapat. Sejukkan dalam peti ais sementara sediakan coklat ganache.
Cara Buat Topping Coklat Ganache:
4. Panaskan whipping cream dalam periuk, boleh guna api atau microwave. Setelah panas tuang whipping cream ke atas dark chocolate yang sudah dicincang kasar.
5. Masukkan esen vanila dan butter. Kacau sampai sebatu, tidak berketul dan licin. Terus tuang atas permukaan kek batik tadi.
Tips:
- Masak kesemua bahan guna api perlahan je.
- Gaulkan biskut marie sedikit demi sedikit supaya senang nak sebati.
- Tunggu sekejap 2-3 minit sehingga biskut lembut sikit baru tuang dalam loyang.
- Kalau boleh guna coklat berkualiti tinggi supaya rasa kek batik lebih sedap.
Resepi Oleh: Nurnaema Naema