Beza buat dengan beli nasi goreng?
Kalau buat lauknya tak perlu susah-susah cari dalam nasi sebab dh tersembul keluar.
Resepi Nasi Goreng Daging (2 orang makan)
Daging 300 gram
4-5 senduk nasi
3 sudu makan minyak
3 sudu makan ikan bilis *
2 biji bawang merah *
1 ulas bawang putih *
2 tangkai cili kering *
3 sudu makan cili kisar
1/2 sudu makan minyak bijan
1/2 sudu makan kicap masin cair
1/2 sudu makan sos tiram
1/2 sudu makan sos cili
2 sudu makan kicap pekat manis
1/2 sudu makan serbuk lada sulah
Secubit garam gula serbuk perasa jika mahu
Sayur / cili /
Hirisan daun bawang
Cara Membuat:
1. Potong nipis daging dan didihkan air. Bila dah didih baru masukkan daging dan rebus sampai masak. Toskan.
2. Tumbuk bahan bertanda 3/4 lumat. Nak resepi nasi goreng daging yang sedap, jangan kisar tapi tumbuk dengan lesung. Panaskan minyak dan masukkan daging. Goreng biar garing sedikit dan angkat. Ketepikan.
3. Masukkan bahan tumbuk dan tumis hingga naik bau barulah masukkan cili kisar. Masak sekejap dengan api kecil barulah masukkan kicap cair, sos tiram, sos cili, kicap dan minyak bijan. Perasakan untuk kali pertama.
4. Sebelum masukkan nasi, keluarkan 1/2 mangkuk perencah nasi goreng tadi untuk elak nasi terlalu lembab. Masukkan nasi dingin atau yang disejukkan, gaul rata. Kalau nasi kering, tambah bahan perencah ikut keperluan.
4. Perasakan dengan lada sulah, sayur dan potongan cili serta garam gula ikut pilihan anda. Masak hingga sayur layu dan boleh lah hidangkan nasi goreng daging anda dengan sambal belacan dan lobak jeruk jika mahu serta ditaburkan dengan hirisan daun bawang.
Sedap sangat nasi goreng camni tau. Selamat mencuba.
Penafian: Resepi dan gambar adalah hak milik Cik CA yang dikongsikan dalam Group Facebook Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Anda boleh lawati laman Facebook beliau, Cik CA.