Sarapan

Resepi Lempeng Super Lembut Dengan Sambal Sardin

resepi-lempeng-super-lembut-dengan-sambal-sardin

Resepi Lempeng Super Lembut Dengan Sambal Sardin

Bagi yang tercari-cari nak masak apa untuk sarapan atau minum petang, bolehla try resepi LEMPENG SUPER LEMBUT ni. Confirm LEMBUT dan semestinya SEDAP. Enak dimakan panas-panas.

Bahan Lempeng Super Lembut:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 cawan air
  • 2 biji telur
  • 1 sudu makan rata garam
  • 1 sudu makan rata gula
  • 2 sudu makan minyak masak

+ Garam gula boleh adjust ye ikut suka.

Cara Membuat:

1. Masukkan semua bahan dalam blender dan blend sampai sebati. Panaskan pan atau kuali. Nak senang guna non stick pan dan oles minyak masak sikit.

2. Bila dah panas, tuang 1 senduk dan lenggangkan atau ratakan dalam pan. Nak bagi cepat masak, tutup kejap.

3. Bila dah nampak perang sikit tepi lempeng tu bolehla gulung atau lipat. Angkat dan hidangkan.

+ Kalau suka lempeng warna putih tak payah lama-lama masak tu. Asal atasnya dah tak melekat bila sentuh dengan jari kira dah masak la ye. Saya suka ada coklat-coklat.

Bahan Sambal Sardin:

  • 1 tin ikan sardin
  • 1/2 biji bawang Holland/merah (hiris)
  • 5 biji bawang putih (hiris)
  • 4 biji cili padi (boleh tambah/kurangkan)
  • 2 inci halia (hiris)
  • 1 biji tomato (hiris)
  • 1 biji kentang (dadu)
  • Minyak masak
  • Air asam jawa
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa (jika suka)
Cuba Resepi Ni:  Nasi Goreng Kerabu ala Kedai Tom Yam

Cara Membuat:

1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Masukkan bawang putih, bawang Holland/merah, cili padi, kentang dan halia.

2. Setelah kentang sedikit empuk, masukkan ikan sardin. Pecah-pecahkan sedikit. Perasakan dengan gula, garam, asam jawa dan serbuk perasa.

3. Tambah sedikit air jika perlu dan masak sehingga kentang empuk. Hidangkan dengan lempeng tadi.

Resepi Lempeng Super Lembut Dengan Sambal Sardin

Resepi Oleh: Azlan Syazani Adanan