Kuih Muih

Resepi Kuih Cara Jagung Lembut dan Creamy

resepi-kuih-cara-jagung-lembut-dan-creamy

Resepi Kuih Cara Jagung Lembut dan Creamy

Biasanya buat kuih cara pandan, kali ni try buat kuih cara jagung pulak. Sedap, lembut, dan creamy serta kat luar ada jagung dan kat dalam pun ada jagung.

Bahan-Bahan:

  • 1 cawan jagung manis ala krim
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 1/2 cawan air
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh garam halus
  • Pewarna kuning
  • 1 cawan gula pasir – sebagai inti
  • 2 helai daun pandan – disiat dan diikat untuk sapu minyak
  • Minyak secukupnya untuk disapu pada acuan

Cara Membuat:

1. Satukan semua bahan-bahan kecuali jagung. Kacau dan blend hingga sebati. Tuang ke dalam bekas dan campur jagung. Kacau rata.

2. Panaskan acuan kuih cara. Saya guna acuan bahulu saja sebab tak ada acuan kuih cara. Sapu acuan dengan minyak menggunakan daun pandan.

3. Kemudian, tuang adunan hingga penuh acuan. Biarkan seketika dalam 10 saat baru tuang gula di tengah-tengahnya. Letak 1/2 sudu teh gula setiap satu kuih.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kuih Kasturi

4. Seterusnya, tutup dan masak selama 5 minit di atas api kecil atau hingga permukaannya licin dan di bawahnya sedikit garing.

5. Cungkil dengan hujung sudu untuk keluarkan kuih dari acuan. Sedia di hidangkan panas-panas.

Resepi Kuih Cara Jagung Lembut dan Creamy

Resepi Oleh: Nor Al Fatihah