
Resepi Kek Lemon Gebu Guna Blender
Nak kongsikan kek lemon mudah ni, guna sukatan cawan je. Hasil keknya gebu je dan serius sedap dengan aroma lemonnya tu. Untuk rasa kek lemon yang lazat guna butter jangan guna marjerin. Walaupun makan beberapa hiris kek ni, rasanya tak muak. Teringin nak cuba buat sendiri. Cik Tie kongsikan resepinya.
Bahan-Bahan:
- 1 cawan tepung
- 3/4 cawan gula kastor
- 1 sudu kecil baking soda
- 2 biji telur
- 1/4 cawan minyak
- 3 sudu besar butter
- 1/2 cawan susu fullcream
- Parutan kulit lemon dari sebiji lemon
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1 sudu besar jus lemon
Cara Membuat:
1. Ambil parutan kulit lemon dari sebiji lemon. Cairkan butter. Kemudian tutup api. Masukkan susu bersama butter. Biarkan sehingga sejuk.
2. Masukkan 2 biji telur, parutan kulit lemon, gula, minyak dan susu ke dalam blender. Blendkan sehingga sebati semuanya dalam 1 minit.
3. Tuangkan bahan blend tadi ke dalam mangkuk. Kemudian, ayakkan tepung ke dalam adunan yang diblend tadi. Kacau perlahan sehingga sebati.
4. Kemudian masukkan susu yang bercampur dengan mentega. Pastikan susu dah sejuk dan kacau sehingga sebati Masukkan pula esen vanilla serta jus lemon. Kacau sehingga sebati.
5. Tuangkan adunan ke dalam Loyang. Pastikan Loyang disapu dengan butter dan bahagian bawah lapik dengan kertas supaya mudah di keluarkan.
6. Bakar dalam oven pada suhu 160C – 170C selama 35 minit – 40 minit. Suhu ni bergantung kepada oven masing-masing. Cik tie guna suhu 16 C dibakar selama 35 minit.
7. Pastikan oven dipanaskan terlebih dahulu dalam 15 minit sebelum bakar kek ye. Selamat mencuba korang.
Resepi Oleh: Khadijah Jaafar