Resepi Dodol Kukus Kuih Tradisional Pahang

Resepi Dodol Kukus Kuih Tradisional Pahang

Bahan A:

  • Satu cawan santan pekat untuk buat taik minyak
  • Sedikit garam

Cara Buat Taik Minyak: Santan dan sedikit garam dimasak sampai pecah minyak menggunakan api sedang selama lebih kurang setengah jam.

Bahan B: Daun pisang dilayu supaya lembut agar tak pecah semasa dijadikan alas dodol .

Bahan C:

  • Satu cawan gula merah
  • Setengah cawan gula pasir
  • Satu cawan air

Cara Buat: Satukan semua bahan C ke dalam periuk. Masak sampai hancur semuanya dan sejukkan.

Bahan D:

  • Dua cawan tepung pulut
  • Satu sudu tepung ubi
  • Satu setengah cawan santan (1.5 cwn)

Cara Buat: Masukan semua bahan D, gaulkan sampai sebati. Bila dah rata dan sebati, masukkan bahan C (suam-suam). Kacau lagi sampai rata dan sebati. Selepas itu, tapis.

Cara Buat Dodol Kukus:

1. Panaskan periuk kukus. Ambil minyak dari taik minyak yang telah disediakan dan sapu pada daun pisang.

2. Tuangkan adunan D ke dalam loyang yang sudah dialas menggunakan daun pisang. Kukus sampai masak (15 – 20 minit).

3. Dah siap, taburkan taik minyak di atas dodol kukus. Nak tahu dodol kukus dah masak, ia cantik licin serta tidak melekat di jari. Warna kehitaman mengikut warna gula. Selamat mencuba.

Resepi Dodol Kukus Kuih Tradisional Pahang

Resepi Oleh: Saadiah Ahmad