Snek, snek

Resepi Celup Tepung, Boleh Goreng Sotong, Udang atau Pisang

resepi-celup-tepung-boleh-goreng-sotong-udang-atau-pisang

Resepi Celup Tepung, Boleh Goreng Sotong, Udang atau Pisang

Rindu kampung halaman. Menu minum petang Pisang goreng, udang dan sotong celup tepung serta tea O. Resepi celup tepung cara saya. Resepi ni boleh juga guna untuk goreng pisang ye.

Bahan-Bahan:

  • Ikang (selayang atau kembung, sotong dan udang)
  • 1 peket Tepung Beras 500gm (terpulang cap apa, yang ni saya pakai tepung beras cap teratai)
  • 1/2 sudu Serbuk kunyit
  • 3 biji telor
  • Secubit garam
  • Air kapur dalam 1 sudu besar
  • 1 sudu besar cuka (tak nak letak pom takpe)
  • 500ml air sejuk (saya pakai air coway yang sejuk)
  • Minyak untuk mengoreng (pastikan minyak banyak ye)

Cara Membuatnya:

1. Ikang, udang dan sotong, siang dan basuh bersih-bersih dan toskan sampai air kering yer. Nak lap dengan tisu dapur pom boleh (kalau tak jadi jugok gaul dulu ngam tepung beras hok kering tu baru celup adunan tepung tu).

2. Campur semua bahan-bahan dengan air, air nie letak sikit-sikit je dulu tengok keadaan adunan tu. Adunan jangan pekat sangat dan jangan cair sangat. Sukatan air dalam 500ml, kacau sehingga sebati dan tepung tidak berketul-ketul.

Cuba Resepi Ni:  Roti Jala Jelita Vanila Coklat

3. Panaskan minyak, biar betul-betul panas yer serta minyak mesti banyak ye. Celup ikang sehingga rata dan goreng sehingga masak. Api sedang-sedang je yer, jangan besar sangat dan jangan kecil sangat. Pastikan minyak yang banyak dan biar ikan yang digoreng tenggelam minyak. Goreng sehingga kekuningan dan sehingga masak.

Tips nak bagi kerok banyak dan lembut lagi, boleh lebihkan telor ye, lagi banyak telor lagi halus kerok.

Resepi Celup Tepung, Boleh Goreng Sotong, Udang atau Pisang

Resepi Oleh: Nor Khomariah Norrohman