Sambal & Pencicah

Resepi Sambal Bangkok, Makan Dengan Nasi Panas Sedap

resepi-sambal-bangkok

Resepi sambal bangkok ni sis cuba dari fb Ida Shahida. Sis takde ubah-ubah resepi ni, cuma ada ubah skit ayat dari pos asal. Makan dengan nasi panas-panas pun ngam nih.. Nak buat rencah nasik goreng pun boleh.

Sambal ni sesuai sangat nak tapawkan untuk anak-anak balik asrama… Untuk asben pegi outstation… Untuk mak metua pun sesuai sangattt..

Resepi Sambal Bangkok

Bahan-Bahan:

25 biji cili kering dicuci
10 biji bwg merah – dimayang halus mcm nak buat bwg goreng.
1 sudu besar belacan
1/2 cwn air asam jawa
Garam & gula (seimbangkan rasa masin, manis dan masam)
Minyak untuk goreng cili dan bawang.

Caranya:

1. Goreng bawang merah yang dimayang tadi seperti membuat bawang goreng, angkat dan sejukkan.

2. Goreng cili kering sampai bersinar sinar tetapi jangan hangus, diangkat dan sejukkan. Minyak bekas gorengan akan diguna semula, ketepikan.

3. Kisar cili goreng, bawang goreng, belacan, gula, garam, air asam jawa, dan minyak bekas gorengan cili tadi didalam pengisar letrik (atau tumbuk dengan lesung sambal sampai halus, dah halus baru masukkan air asam jawa dan minyak).

4. Sekarang sambal bangkok dah siap!.

Tips:

1. Guna belacan yang bagus ye baru hasilnye mables. Saya guna belacan made in Melaka.

2. Cili kering tu saya gunting-gunting supaya senang nak cuci & kuarkan bijik-bijik cili tu.

3. Saya kisar guna chopper. Hasil dia tak halus sangat. Kalau pakai blender, tekan-tekan tak jalan-jalan… Haishhh. Jenuh dok godek-godek nak bagi blender tu buat keje.

4. Sambal ni tahan berhari-hari jugak. Biase belum seminggu dah abes.

5. Kalau korang alergik ngan belacan boleh ganti dengan ikan bilis goreng.

Resepi Sambal Bangkok

Resepi Oleh: Rafidah Sarip