snek, Snek

Resepi Murtabak Kucai

resepi-murtabak-kucai

Resepi Murtabak Kucai

Bahan-Bahan:

Doh –

3 cawan tepung gandum
1 sudu marjerin
1 sudu susu pekat + 1/2 cawan air (bancuh)
1 biji telur (optional)
sedikit garam

– uli sampai tak melekat kat tangan dan jadi doh.
– buat bulat-bulat macam dalam pic pastu rendam dengan minyak.
– biarkan perap dalam 1 atau 2 jam (perap lama pun takpe). 1 jam lagi nak masak leh la prepare.

Inti Kucai –

daun kucai 3 atau 4 tangkai
2 biji telur
sedikit garam
1 buku bawang besar hiris
isi udang potong kecil

– campurkan semua sekali sebati.

Inti Pisang –

pisang masak ([email protected] biji) hiris
1 sudu gula
1 biji telur

– campurkan semua sekali sebati

(Leh juga buat roti canai atau roti telur)

Cara Buat:

1. Canaikan doh atas talam atau pinggan besar. Tarik-tarik bagi nipis macam buat roti canai. Then, kalau you pandai mengibar macam mamak penang tu lagi ok la kan tapi I tak heran pun lantak you la nak macamana.

2. Pastu you tuang inti kat tengah macam dalam gambar pastu lipat. Goreng macam buat roti canai tu.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Cucur Udang Rangup

3. Sedap makan dengan kuah dal, kari ayam daging, sambal bilis atau kuah sardin.

Nak frozenkan pun boleh. Goreng separuh masak pastu biarkan sejuk. Buh dalam bekas tutup masuk sejuk beku. Nak makan je panaskan.

Resepi Murtabak Kucai

Resepi Oleh: Herda Johan