Resepi Sambal Sardin Cili Padi

Resepi Sambal Sardin Cili Padi

Bahan-Bahan:

1 tin besar sardin jenama Ayam Brands – asingkan ikan serta kuahnya
1-2 biji bawang besar – dihiris nipis
3-4 ulas bawang putih – ditumbuk
10-15 biji cili padi – ditumbuk
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap masin
garam & gula jika perlu
2 sudu besar cili boh
air secukupnya

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak dalam kuali.

2. Masukkan bawang besar yang dihiris nipis serta bawang putih dan cili padi yang ditumbuk. Tumiskan hingga naik bau.

3. Masukkan ikan serta cili boh dan tumiskan sekali. Jangan kacau kerap untuk mengelakkan ikan hancur.

4. Kemudian, masukkan kuah sardin, kicap manis, kicap masin dan sedikit air jika kuah terlalu pekat.

5. Kacau sebati dan perasakan dengan garam & gula.

6. Angkat dan siap untuk dihidang bersama nasi putih atau dicicah bersama roti canai.

sambal-sardin-cili-padi