Kari, Sayur

Resepi Kuah Dhal

resepi-kuah-dhal

Resepi Kuah Dhal

Bahan-Bahan:

Bahan A –

1. 200gm genggam kacang dhal- rendam semalaman agar cepat empuk.
2. sebiji terung bulat dikupas kulit dan dipotong dadu
3. 1/2 batang carrot dikupas kulit dan dipotong dadu
4. 1/2 sudu besar rempah kari
5. garam secukup rasa

Bahan B –

1. sedikit rempah campur. Terdiri dari halba, biji sawi, jintan manis dan jintan putih.
2. 1/2 biji bawang holand dikupas kulit dan dipotong dadu.
3. Setangkai daun kari.
4. 1 cm halia-dimayang

Cara Memasak:

1. Rebus kacang dhal sampai empuk.

2. Bila kacang dhal dah separuh empuk, masukkan rempah kari dan kacau sehingga sebati.

3. Masukkan terung dadu dan carrot dadu.

4. Bila semua dah empuk , perasakan dengan garam secukup rasa. dan ketepikan(boleh tambah air jika kuah dhal terlalu pekat).

5. Dalam kuali, (tumis bahan B) sehingga naik bau.Bila dah naik bau, angkat dan tuangkan kesemua bahan tumis kedalam (bahan A) kuah dhal tadi.

6. Tutup api. Sedia untuk dihidangkan.

Enak dimakan bersama roti canai dan sambal ikan bilis.

kuah-dhal