Pau roti ni kan feberet anak anak Kekna. Dorang sukeee sangat kalau Kekna buatkan. Sampai tak cukup pinggan laa. Korang yang tak ada idea nak masak pee kan. Bole la terai untuk sarapan pagi atau minum petang kan. Memang perghhh sedap sangat la.
Meh Kekna nak syer resipi. Alaaa bahan dia mudah sangat korang nak buat tau.
Resepi Pau Roti Kentang Rangup
Bahan-Bahan:
Roti
Telur – sebiji dan kocakkan.
Serbuk roti
Ubi kentang – di potong dadu
Udang kering – di tumbuk kasar kasar
Bawang merah – di racik halus halus
Daun Sup – di racik halus halus
Daun kari
Lada sulah
Lada hitam
2 sudu rempah kari daging
1 sudu serbuk cili – kalau yang suke pedas.
Cara Masak Inti Kentang:
1. Tumiskan dulu daun kari, bawang merah dah agak layu baru masukkan udang kering yang di tumbuk tu.
2. Biarkan seketika bagi mesra udang kering dan masak. Lepas tu baru la masukkan ubi kentang.
3. Masuk kan serbuk kari, serbuk cili, lada sulah, lada hitam dan sedikit garam.
4. Sebatikan bahan bahan tadi dan buh air sedikit biarkan kentang tu betul betul masak sehingga lembut.
5. Dah siap boleh la angkat.
Cara Buat Pau Roti:
1. Roti tu tekapkan dengan cawan untuk dapat bulatan macam dekat gambar bawah tu ye.
2. Masukkan inti dalam roti tu dan tekan tepi tu untuk dia tutup keliling tu semua.
3. Lepas tu baru celupkan telur tu dan salutkan dengan serbuk roti k.
4. Lepas tu boleh la goreng, jangan lelama pula ye nanti hangus pula.
5. Taraaaa siap daaa.
Senangkan nak buat. Boleh laaa di makan panas-panas perghh nikmat sampai tak cukup pinggan tau.
Resepi Oleh: Zana Mokhtar