Resepi Yogurt Cheese Cupcake

Keju dengan yogurt mungkin bukanlah paduan yang sesuai kalau disatukan begitu sahaja. Tetapi jika disatukan ke dalam kek, rasanya sungguh sedap sekali. Cubalah!

Resepi Yogurt Cheese Cupcake

Bahan-Bahan: Anggaran 18 ketul

118 gram mentega tawar
57 gram majerin
125 gram gula kastor
127 gram krim keju
100 gram yogurt
4 biji telur
180 gram tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh kulit lemon + limau
1/2 sudu teh esen lemon/limau

Cara Membuatnya:

1. Pukul mentega, majerin dan gula kastor sehingga benar-benar lembut. Masukkan krim keju dan pukul rata.

2. Masukkan yogurt dan pukul rata. Masukkan pula telur satu persatu bersilih ganti dengan sebahagian tepung gandum sambil diayak dan dipukul rata.

3. Masukkan baki tepung gandum dan serbuk penaik sambil diayak dan dipukul rata. Masukkan kulit lemon+limau dan kacau rata lagi.

4. Tuangkan adunan ke dalam acuan yang telah dialas dengan cawan kertas. Bakar selama 30 minit dengan suhu ketuhar 170C. Boleh tambah 5-10 minit lagi jika inginkan permukaan kek lebih perang.

Nota: Parut kulit lemon atau limau jangan sampai terkena bahagian putihnya kerana bahagian tersebut akan meninggalkan rasa yang pahit.

Resepi Yogurt Cheese Cupcake

Resepi Oleh: Ika Zul