Resepi Nasi Dengan Ayam Berempah Sedap

Resepi Nasi Dengan Ayam Berempah Sedap

Nasi ni wangi dan sedap macam nasi berperisa yang lain, alternative selain dari nasi minyak, nasi tomato, Nasi Arab etc.. Hepi menerai.

Bahan Perap Ayam:

  • 4 ketul ayam
  • 1/2 biji bwg besar *
  • 2 ulas bwg putih *

+ Tumbuk/kisar bahan bertanda (*)

  • 4 sdm puri tomato
  • 1/2 cwn yogurt
  • 2 sdm jus lemon
  • 1 sdm rempah biryani
  • 1 sdk serbuk paprika
  • 1 sdk gula
  • 1 sdk garam

Bahan Nasi:

  • 2 pot beras basmati
  • 3 pot air (ikut sukatan biasa masak nasi)
  • 2 helai daun bay
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 bj buah pelaga
  • 1/2 kiub ayam (kalau guna stock ayam xperlu guna kiub)
  • 1 biji tomato didadu
  • 1/2 biji bawang besar didadu
  • 1/2 biji capsicum didadu
  • 2 sdm minyak masak
  • 1 sdm myk sapi/butter

Cara Memasak:

1. Bersihkan ayam dan cucuk-cucuk dengan pisau. Kemudian perap ayam dengan bahan perap sekurang-kurangnya 30 minit hingga 1 jam di dalam chiller.

2. Panaskan 1 sudu makan minyak dalam kuali dan goreng ayam untuk perangkan kulitnya. Angkat dan ketepikan. Ayam akan di masak kemudian bersama nasi.

3. Di dalam periuk nasi, panaskan 1 sdm minyak dan minyak sapi/butter. Tumis bawang besar bersama capsicum, daun bay, buah pelaga, bunga lawang dan baki perapan ayam hingga wangi.

4. Seterusnya, masukkan beras dan goreng beras dalam 2,3 minit. Kemudian masukkan air, tomato, kiub ayam dan garam secukup rasa. Susun ayam di atas beras dan masak nasi seperti biasa.

5. Hidangkan nasi bersama ayam dan gulai kegemaran. Taburkan bawang goreng. Hepi menerai

Resepi Nasi Dengan Ayam Berempah Sedap

Resepi Oleh: Kak Roy