Ayam, Kari

Resepi Mudah Kerutuk Telur Meletop

resepi-mudah-kerutuk-telur-meletop

Resepi Mudah Kerutuk Telur Meletop

Tak tahu nak masak apa dahh, nampak ada telur banyak dekat store makanan kita buat la kerutuk telur qlate. Kita makan dengan nasi minyak sanquick, acar timun kubis dan ayam masak merah kenduri. Kalau sapa nak belajar cara buat kerutuk telur boleh la tengok resepi di bawah.

Bahan A: Hiris & Tumis

  • 1 biji bawang holland
  • 1 batang serai (ketuk)

Bahan B: Rebus dan Goreng

  • 10 biji telur (rebus)

Bahan C: Blend

  • 4 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • sehiris halia

Bahan D: Serbuk Perasa & Rempah

  • sehiris lengkuas (ketuk)
  • secubit jintan putih
  • secubit serbuk ketumbar
  • 3 tbsp rempah kerutuk kelantan
  • 1/2 kping nisan kerek
  • 1tbsp garam
  • 1/2 tsp serbuk perasa
  • 1tbspb kerisek
  • secubit asam jawa +air
  • minyak untuk menumis
  • secawan air
  • 130ml santan pekat

Cara Penyediaan:

1. Rebus dan goreng telur, ketepikan. Panaskan minyak, tumis bahan yang dihiris dan serai sampai naik bau.

2. Masukkan bahan blend dan tumis sampai pecah minyak. Masukkan pula cili blend dan tumis lagi dengan api kecil.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Tauhu Salur Telur

3. Kemudian masukkan rempah kerutuk dan air asam jawa. Tumis rempah ni sampai pecah minyak dan masak. Pastikan rempah ni masak supaya tak sakit perut.

4. Masukkan nisan, gula garam dan serbuk perasa. Seterusnya, masukkan pula santan pekat. Kemudian barulah masukkan telur.

5. Bila kuah dah mula pekat, tambah perasa secukupnya. Jangan lupa lada solok kalau ada, kalau takda masukkan la lada apa pun boleh. Siap dan selamat mencuba!.

Resepi Mudah Kerutuk Telur Meletop

Resepi Oleh: Suhasnida Ismail