Cara Buat Solok Lada, Boleh Difrozenkan
Done! Akak frozenkan, nak makan nanti tinggal kukus or rebus je. Sedap makan dengan nasi putih, makan dengan nasi kerabu lagi la sedap.
Bahan-Bahan:
1/2 kg ikan kembung/sardin – rebus dan ambil isinya
7-8 biji lada hijau besar – belah tengah dan buang bijinya
1/2 biji kelapa parut
1/2 inci halia
7 ulas bwg merah
8-10 biji lada hitam
1 cwn santan pekat
garam dan perasa
Cara Buat:
1. Tumbuk lada hitam, bawang merah dan halia sampai lumat. Kemudian tumbuk kelapa parut dan isi ikan.
2. Masukkan garam dan perasa. Gaul rata dan masukkan bahan tumbuk ke dalam mangkuk. Sumbatkan adunan dalam lada hijau dan padatkan.
3. Masukkan santan dalam periuk, susun lada tadi dan masak selama 10-15 minit. Kuantiti bahan-bahan boleh la adjust ikut citarasa masing-masing.
Resepi Oleh: bunga_lavenders