Nasi

Resepi Nasi Minyak Sunquick Periuk Letrik

resepi-nasi-minyak-sunquick-periuk-letrik

Resepi Nasi Minyak Sunquick Periuk Letrik

Nah ini resepi bila gas kau habis. Aku buat Nasi Minyak Sunquick, sedap jugak rupanya. Yer, aku letak 1 sudu oren sunquick waktu masak tadi. Aku tak ingat petua kat mana entah dia kata letak satu sudu sunquick akan menambah harum dan lazat nasi tu.

Aku tadi gas habis, nak suruh orang hantar takde yang nak sebab Ahad. Nak pi beli aku ada kelas sepanjang hari. Jadi, aku pun kena masak yang tak guna api. Masak terus dalam periuk letrik baqhang.

Bahan-bahan:

  • 2 cawan beras, tak kisah beras apa pun.
  • 3 ulas bawang putih dimayang
  • ½ biji bawang besar didadu
  • 1 set rempah 3 beradik (bunga lawang, kayu manis, cengkih)
  • 2 helai daun pandan disimpul
  • 1 ½ sudu besar merjerin/butter
  • 1 cawan susu cair, susu segar pun boleh
  • 1 sudu sunquick.
  • 3 ketul ayam (optional) kalau nak lauk segera

Cara nak buat dia:

1. Panaskan butter/marjerin dan tumis bawang putih, bawang besar, rempah 3 beradik dan daun pandan sampai naik bau. Masukkan beras dan kacau sebati lalu masukkan susu cair/segar tadi dan kacau sebati.

2. Masukkan sunquick, kacau dan tambah air mengikut sukatan beras. Masukkan secubit dua garam. Masukkan ayam jika mahu. Tekan on, tunggu masak. Siappp.

Cumanya nak masak terus dalam periuk letrik ni tricky sikit. Bila periuk ringan, takde isi, tekan on tu dia tak akan on/lekat/stay. Kalau tak on maka takkan panas. Kena tekan bagi berat baru dia ok.

So aku letak chopping block atas tu. Buka ruang sikit untuk masukkan bahan-bahan. Settle. So cubalah.

Dia tak rasa masam pun, cuma warna dia jadi kuning dan bau dia tu bertambah harum.

Resepi Nasi Minyak Sunquick Periuk Letrik

Resepi Oleh: Khairul Abdullah