Sayur

Resepi Sayur Taugeh Ala Chiken Rice Shop

resepi-sayur-taugeh-ala-chiken-rice-shop

Resepi Sayur Taugeh Ala Chiken Rice Shop

Taugeh ni ratah gitu je pun sedap. Bayangkan taugeh tu masuk mulut, kunyah dan ada bunyi sayur rangup.

Bahan-Bahan:

  • 3 genggam taugeh
  • 1 1/2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 1 biji cili
  • 1 cawan air
  • Bawang goreng
  • Daun bawang
  • Lada sulah

Cara Memasak:

1. Hancurkan 1 kiub pati ayam ke dalam 1 cawan air. Masukkan sos tiram, tak kisah la brand apa. Masukkan pula Kicap 3 sudu. Macam biasala saya memang guna Kicap Mudim. Setersunya, kasuk minyak bijan 1 sudu.

2. Panaskan kuali, masak bahan bancuhan bagi sebati anggaran 5 minit je. Perasakan dengan 1/2 sudu gula. Kuah lebih sedap jika dimasak.

3. Sementara tu celur taugeh selama 1 minit dalam air panas. Toskan. Kuah yang dah siap tadi, boleh siram atas taugeh yang telah dicelur.

4. Taburkan cili dan daun bawang atas taugeh yang telah disiram kuah. Tabur pula bawang goreng. Akhir sekali perasakan juga dengan lada sulah. Siap!.

Resepi Sayur Taugeh Ala Chiken Rice Shop

Resepi Oleh: Liza Idris