Resepi Mudah Ikan Siakap Stim ala Thai
Kita baru nak makan haaa, pagi tadi suami pesan “Selagi saya tak jumpa serai, awak jangan cuba-cuba masak ikan steam tau, tunggu saya.” Kita pun tunggu sampai la dah jumpe serai tadi lalu kita pun masak. Happy ending.
Bahan Yang Diperlukan:
- Seekor ikan siakap
- 2 biji limau nipis
- 1 batang serai
- 5 hirisan halia
- 3 tangkai cili kecik merah
- 3 tangkai cili kecik hijau
- 5 ulas bawang putih
- 1 batang daun ketumbar
- Setengah kiub pati ayam
- Sos ikan
Cara Kukus Ikan:
1. Bersih ikan siakap dan hiris bahagian badannya. Masukkan halia dan serai ke dalam perut ikan. Perah jus limau nipis ke atas ikan untuk menghilangkan bau hanyir.
2. Seterusnya, kukus ikan ke dalam periuk kukus selama 5 minit dan biarkan seketika pada suhu api perlahan.
Cara Masak Kuah Stim ala Thai:
3. Cincang bawang putih secara kasar. Gorengkan bawang putih yang telah dicincang di dalam kuali sehingga warna keemasan (kerangupan bawang putih goreng menaikkan aroma ikan siakap stim).
4. Padamkan api kuali, lansung masukkan sedikit air suam, setengah kiub pati ayam, 4 sudu besar sos ikan, 1 sudu kecil gula, cili hijau dan merah serta lebihan serai dan perahan jus limau.
5. Rasa dahulu kuah, sekiranya termasin sila tambah sedikit air. Kacau kuah sehingga sebati.
6. Langkah terakhir; Tuangkan kuah stim ke atas ikan siakap dan taburkan hirisan daun kertumbar. Kukus lagi ikan siakap bersama kuah selama 3 minit. Sedia dihidang.
Guna Alat Macam Ni Untuk Memudahkan Kukus Ikan >> KLIK DI SINI

Resepi Oleh: Zurina Zulkefli


