Resepi Soft Cookies Rasa Sedap Rangup dan Chewy

Resepi Soft Cookies Rasa Sedap Rangup dan Chewy

Maaf sis ketinggalan keretapi. Baru nak mencuba. Serius sedap. Tak manis sangat resepi ni. Rasa rangup dan chewy kat dalam. Yang penting kenal suhu oven masing-masing ye. Terlebih bakar jadi biskut rangup. Terkurang bakar jadi tak masak rasa macam makan tepung.

Bahan-Bahan:

  • 1/2 cawan mentega bergaram (pure butter)
  • 1/4 cawan gula castor
  • 1/2 cawan gula perang
  • 1 biji telur saiz A/B
  • 1 sdk esen vanila
  • 1 1//2 cawan tepung gandum-ayak
  • 1 sdb tepung jagung-ayak
  • 1/4 sdk soda bikarbonat
  • 1/4 sdk baking powder
  • 1/2 cawan dark chocolate chip & couverture chocolate (boleh lebihkan kalau suka banyak)

Cara Membuat:

1. Cairkan mentega sehingga bertukar menjadi “golden brown”. Biarkan sejuk seketika. Kemudian, masukkan ke dalam bekas bersama gula. Kacau sebati. Masukkan pula telur dan esen vanila. Sebatikan.

2. Akhir sekali, masukkan tepung. Kacau-kacau adunan dan masukkan chocolate chip. Simpan chiller selama 10-15 minit dan boleh bentukkan. Atau boleh juga bentukkan adunan biskut dulu dan baru simpan chiller.

3. Keluarkan dari chiller dan bolehlah dibakar dengan suhu 160c-170c selama 15-20 minit. Boleh bentukkan guna scoop aiskrim yang saiz besar atau timbang doh 50g. Saiz sesuai yang saya suka. Tak besar dan kecil sangat.

Guna pure butter sepenuhnya, dark chocolate chip dan couverture chocolate premium untuk rasa yang bila makan tu rasa teringat-ingat.

Boleh Guna Dark Chocolate Chip Berkualiti Macam Ni. Rasa Lagi sedap >> KLIK DI SINI

Resepi Soft Cookies Rasa Sedap Rangup dan Chewy

Resepi Oleh: Tuan Adriana Arissa