Snek, snek

Resepi Vietnamese Salad Rolls Dengan Sos Ketumbar

resepi-vietnamese-salad-rolls-dengan-sos-ketumbar

Resepi Vietnamese Salad Rolls Dengan Sos Ketumbar

Bahan-Bahan:

  • 10 keping rice paper bulat
  • Beberapa helai daun salad
  • 15 ekor udang dicelur & dihiris menjadi dua
  • 6-7 keping filamen ketam (crab sticks) dicelur & dihiris sebesar mancis
  • 50g timun jepun dihiris sebesar mancis
  • 50g carrot dihiris sebesar mancis
  • 1 batang sosej – dicelur & dipotong kecil
  • Daun ketumbar ambil daun sahaja
  • Sedikit suun yg siap dicelur
  • Air untuk melembutkn rice paper

Cara Membuat:

1. Ambil sekeping rice paper dan celup sekali je dalam air suhu bilik.

2. Bentangkan rice paper dalam pinggan. Susun salad, suun, carrot, sosej, filamen ketam, timun dan ketumbar diikuti dengan udang dihujung rice paper.

3. Gulung kemas macam gulung popia. Hidangkn bersama sos pedas ketumbar.

Cara Buat Sos Pedas Ketumbar

Bahan-Bahan:

  • 4 bj cili padi siam merah dicincang
  • 2 ulas bwg putih diparut/cincang
  • 2 sdm sos ikan/nampla
  • 1/2 cwn sos manis Thai Maepranom atau mana2 brand sos cili Thai
  • 1 sdm jus limau nipis
  • 1/2 cwn air
  • 1 tgkai daun ketumbar bersama akarnya dihiris
Cuba Resepi Ni:  Resepi Cheesekut Crackers Luar Biasa

Cara Membuat:

1. Campurkan semua bahan kecuali daun ketumbar ke dalam periuk. Didihkan sebentar. Tutup api dan masukkan daun ketumbar.

2. Sos tidak perlukan garam sebab nampla dah masin dan sos manis Thai memang sedia manis. Jika suka pekat tambah bancuhan tepung jagung. Balancekan rasa ikut selera. Hepi menerai.

Bahan salad boleh dipelbagaikan seperti baby lettuce, kobis, pudina, Thai basil dan lain-lain. Bahan protin pula boleh guna udang, smoked salmon, tuna dalam olive oil, ayam dicarik, pepperoni dan lain-lain. Sedap baq ang.

Resepi Vietnamese Salad Rolls Dengan Sos Ketumbar

Resepi Oleh: Kak Roy