
Resepi Ikan Siakap Asam Pedas Nyonya
Uiiii masak apa tu uiiii? Hari ini kakchik masak Siakap Asam Pedas Nyonya. Selalu makan kat kedai je, kali ini kita bikin sendiri. Puas hati sangat, mantap, melekat, padu.
Asam Pedas kena ada telur masin dan ulam timun, barulah puas makan. Kalau rajin boleh goreng telur dadar sekali. Meleleh ailior oiii.
Pekat, melekat mantap Pak Abu. Kuah kalau ada baki nanti kita buat cicah dengan lempeng tak pun roti canai. Kalau rajin rebuskan pucuk ubi, uishhhh. Hari-hari asam Pedas pun takpe.
Bahan-Bahan:
- 1 ekor ikan siakap
- 2 biji bawang merah**
- 4 ulas bawang putih**
- ½ inci halia**
- 15 tangkai cili kering**
- ½ saiz bola pinpong belacan**
- 1 saiz bola pinpong asam jawa
- 1 pek kecil serbuk Kari ikan
- Bendi
- Tomato
- Daun kesum
Bahan bertanda ** kita kisar halus. Jom masak jom, bahan pun mudah je cari. Selamat mencuba korang.
Cara Memasak:
1. Tumis semua bahan yang telah kita kisar halus dalam minyak. Tumiskan sampai pecah minyak tau. Bila bahan tumis kita dah pecah minyak, masukkan serbuk Kari ikan kita. Kacau-kacaukan lagi jangan sampai hangit.
2. Bila semua bahan dah mesra, kita masukkan air secukup rasa. Kakchik bubuh air 4 cawan. Biarkan kuah merenih sampai mendidih. Bila kuah dah elok mendidih, masukkan air asam jawa.
3. Masukkan ikan siakap yang telah dicuci bersih. Biarkan kuah merenih sampai ikan masak. Masukkan bendi dan tomato, kakchik suka bubuh bendi banyak-banyak, baru puas makan.
4. Jangan lupa masukkan daun kesum sekali. Masa ini bau dia aummmmm. Meloncat-loncat cacing dalam perut. Bila bendi dah masak, perasakan dengan garam. Kakchik bubuh juga sedikit gula. Ini ikut selera ya. Ejas ikut lidah masing-masing. Asam Pedas ni ada rasa masam dan pedas yang seimbang.
Tadaaaaaa. Hidangkan dengan nasi panas. Settle dah lauk untuk makan tengah hari. Malam nanti kalau rajin kita masak. Kalau malas kita tidur. Babai korang.
Resepi Oleh: Umi Watie