Kek

Kek Coklat Moist Kukus Dengan Coklat Ganache

kek-coklat-moist-kukus-dengan-coklat-ganache

Kek Coklat Moist Kukus Dengan Coklat Ganache

Dah malam baru boleh up, internet meragam apa keje pun tak boleh buat. Kita pun rasa takde mood je. Lama sungguh tak buat ni, teringin nak makan. Tiber, pada hal sesudu aje masuk perut, kisar-kisar dan kacau-kacau, siap.

Bahan-Bahan Kek Coklat:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan minyak jagung
  • 1 cawan air panas

Bahan Kisar/Blend:

  • 1 cawan gula pasir
  • 4 biji telur

Bahan Coklat Ganache:

  • 500 gram coklat compound (milk/dark)
  • 200ml UHT whipping cream
  • 2 sudu besar butter/golden syrup

Cara Membuat Kek Coklat:

1. Di dalam bekas, bahan kering diayak bersama. Kemudian tuangkan susu pekat manis, gaul merata dan sekata. Selepas itu tuang bahan yang dikisar pula, gaul sekata lagi guna senduk.

2. Masukkan minyak jagung dan gaul sekata hingga licin. Akhir sekali, masukkan air panas sedikit-sedikit sambil mengacau hingga sebati.

3. Sediakan loyang 7 atau 8 inci yang telah disapu nipis dengan minyak. Masukkan adunan dan kukus selama 60 minit. Pastikan air kukusan telah mendidih dan panas terlebih dahulu.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kek Pisang Lembab

Penyediaan Coklat Ganache:

4. Coklat dipotong kepada kepingan kecil supaya mudah dan cepat cair. Cairkan coklat cara double boiler.

5. Selepas itu letak UHT WP, kacau hingga sebati dan licin. Masukkan pula golden syrup dan dikacau hingga sekata, tutup api dan ketepikan.

Nota: Jika tak nak guna loyang pun takpe, guna container multipurpose plastik pun boleh. tak perlu sapu mentega/minyak pada bekas.

Kek Coklat Moist Kukus Dengan Coklat Ganache

Resepi Oleh: Julia Aleen Aireish