
Nasi Goreng Kerabu ala Kedai Tom Yam
Holaaa semua, tahulah hari ini hari Isnin. Namun demi makanan, tak payah tunggu hari Rabu pun boleh. Jom buat Nasi Goreng Kerabu ala Kedai Tom Yam yang super sedap.
Selalu sangat oder nasi goreng Kerabu tapi tak cukup bahan kan? Spoil terus rasa dia tau. Buat sendiri je senang. Puas hati sangat.
Meriah uiii sarapan pagi gini. Mana nak dapat kedai Tom Yam buka sesubuh ni kan? Wangi oi satu dapur bau ulam.
Bahan-Bahan:
- 3 cawan nasi
- 2 ulas bawang Ros
- 2 ulas bawang putih
- 4 biji cili api
- 5 ekor udang
- 2 ekor sotong
- 2 sdb sos ikan
Bahan Kerabu:
- 1 batang serai
- 1 kuntum bunga kantan
- 3 batang buncis
- 3 batang kacang botor
- 10 helai daun kesum
Cara Memasak:
1. Bebawang dan cili api tu tumbuk kasar. Remuk redam gitu hati ku kau lukakan. Tumiskan sampai wangi. Masukkan udang dan sotong. Kalau takde bubuh ikan bilis je pun sedap. Takde juga bubuh belacan. Takde juga? Bubuh lah apa yang ada asalkan awak bahagia.
2. Masukkan sos ikan yang menyamar dalam botol bergambarkan sotong. Bukan sos ikan je pandai menyamar, perampas pun pandai tau. Kalau takde sos ikan bubuh budu sikit. Barulah ada kick.
3. Perasakan dengan garam. Terpulang kalau awak nak bubuh perasaan awak sekali dalam tu. Nasi goreng Kerabu awak kan? Lupa lah tu, hari ini Isnin. Masukkan nasi sejuk, nasi je sejuk. Namun cinta ku tetap membara pada mu.
4. Masukkan ulam-ulaman yang awak dah hiris halus tadi. Bunga kantan tu wajib tau. Kalau takde memang kurang umph nasi goreng Kerabu kita nanti. Serai tu pun wajibun. Lepas tu kalau bubuh daun kesum memang dia jadi extra vaganza rasa dia.
5. Kacau-kacaukan sampai rata, biar semua serba rasa. Gituh. Matikan api, seperti awak padamkan kisah silam dengan ex durjana. Dah siapppp.
Resepi Oleh: Umi Watie