Daging

Resepi Mongolian Beef ala Restoren Take-away

resepi-mongolian-beef-ala-restoren-take-away

Resepi Mongolian Beef ala Restoren Take-away

Kadangkala ada rasa teringin nak makan ala-ala restoran “Take-Away”. Cari resepi “Mongolian Beef”, buat je sendiri. Alhamdulillah, sedap resepi ni, lebih lagi yang suka makan lauk kering tak berapa berkuah macam saya. Hidang panas-panas. Yang tak makan daging, boleh ganti dengan tauhu. Sedap juga.

Bahan-Bahan: Perap 1 jam

  • 300gm daging batang pinang separa beku, hiris nipis-nipis (atau tauhu)
  • 1 sudu kecil tepung jagung
  • 1 sudu kecil kicap cair
  • 1 sudu besar minyak

Bahan Sos:

  • 2 sudu besar gula perang
  • 1/4 cawan stok ayam
  • 1/4 cawan kicap (sebaiknya kicap rendah sodium dan bukan yang manis)

Bahan Slurry:

  • 1 sudu besar tepung jagung
  • Sedikit air

Bahan Tumis:

  • 5 ulas bawang putih (cincang)
  • 1 ibu jari halia (cincang)
  • Segenggam cili kering

Bahan Sayur/Hiasan:

  • Cili merah 3 batang – dihiris halus
  • Daun bawang – potong serong
  • Lada benggala hijau

Cara Memasak:

1. Panaskan 1/3 cawan minyak dalam kuali hingga berasap. Golekkan daging diperap tadi sedikit-sedikit dalam 1/4 cawan tepung jagung. Masuk dalam kuali panas. Masak hingga agak garing dan perang (jangan kacau), terbalikkan. Biar garing sedikit.

2. Angkat dan toskan minyak. Teruskan masak berperingkat hingga habis. Daging akan garing, tapi masih ada lembutnya. Jangan garing macam ikan bilis pula.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Mudah Daging Masak Asam Sedap

3. Ketepikan minyak goreng daging. Ambil sesudu besar. Tumis halia dan cili kering. Masak seminit, masukkan bawang putih cincang. Bila dah harum dan bawang mula kekuningan, masukkan sos kicap yang dah dicampur.

4. Masak lagi selama dua minit, masukkan lada hiris dan lada benggala. Kemudian, masukkan “slurry” atau campuran tepung jagung dan air. Kecilkan api, biar kuah memekat sebentar. Masukkan daging dan daun bawang. Masak sebentar. Angkat.

5. Hidangkan panas-panas atas bok choy yang dah digrill. Selamat mencuba dan menjamu selera.

Resepi Mongolian Beef ala Restoren Take-away

Resepi Oleh: Ummu Ashraf