Sambal & Pencicah

Resepi Mapo Tofu atau Tauhu Berkuah Pedas

resepi-mapo-tofu-atau-tauhu-berkuah-pedas

Resepi Mapo Tofu atau Tauhu Berkuah Pedas

Bila mak mertua beritahu nak datang singgah rumah, berdesup la kita masuk dapur. Ada ayam, tauhu dan sawi. Terus la masak lauk yang paling mudah, sup sawi, ayam masak sos tiram di gandingkan dengan tauhu masak Chinese Style, mapo tofu.

Bahan Yang Diperlukan:

  • 4 ketul tauhu biasa – dipotong kecil (mapo tofu lagi sedap kalau menggunakan tauhu lembut atau tauhu kotak)
  • 3 ulas bawang putih dan 2 hirisan halia – Cincang bersama
  • 2 ketul isi ayam – Cincang halus dan gaulkan dengan sedikit garam
  • 1 sudu besar serbuk cili – dibancuh sedikit air atau boleh juga guna pes cili adabi
  • 2 sudu besar kicap
  • Serbuk perasa ayam atau kiub pati ayam
  • Minyak masak dan minyak bijan
  • 2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan air
  • Daun bawang

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak masak dan tumis campuran bawang putih dan halia. Masukkan isi ayam, tumis sehingga masak. Masukkan serbuk cili yang dibancuh air, kacau sehingga pecah minyak.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Terung Berlada

2. Tambahkan air dalam anggaran 1 cawan dan setengah. Boleh tambahkan garam, serbuk perasa ayam, dan kicap. Gaul kuah sehingga mendidih.

3. Setelah kuah mendidih, boleh masukkan potongan tauhu. Biarkan tauhu masak dahulu, jangan digaul. Kita tak nak tauhu menjadi hancur.

4. Masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah. Biarkan tauhu masak hingga kuah menjadi likat.

5. Seterusnya taburkan hirisan daun bawang dan titiskan minyak bijan. Siap, sedia untuk dimakan bersama nasi.

Resepi Mapo Tofu atau Tauhu Berkuah Pedas

Resepi Oleh: Zurina Zulkefli