Ayam

Resepi Mudah Ayam Masak Hitam Berempah

resepi-mudah-ayam-masak-hitam-berempah

Resepi Mudah Ayam Masak Hitam Berempah

Alhamdulillah. Done nasi beriani + ayam masak hitam berempah, salad & papadom. First time masak ayam tu, sedap la pulak. Boleh try resepi ayam ni.

Bahan-Bahan:

  • Ayam sekor (goreng kunyit kejap)
  • 2 inci halia*
  • 5 biji bawang merah*
  • 4 biji bawah putih* (Blenderbahan bertanda)
  • Kulit kayu manis
  • Buah pelaga
  • Bunga lawang
  • Daun kari
  • Kicap
  • Bawang besar potong bulat
  • 1 biji cili merah, hiris
  • 1 helai daun pandan (ni sis tambah)

Bahan Pes:

  • 1 sb Serbuk jintan manis
  • 1 sb Serbuk jintan putih
  • 1 sb Serbuk ketumbar
  • 2 sb Serbuk kari
  • 1 1/2 sb cili blend

Cara Memasak:

1. Tumis kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, daun kari. Masuk bahan blend, sampai naik bau, masuk pes rempah. Masak sampai naik minyak.

2. Masukkan ayam, kicap (pandai-pandai agak la ye), bawang besar, daun pandan, dan air sikit untuk kuah.

3. Biar sampai dah pekat, siap. Naz tak letak garam dah, sebab rasa dah ok. Kalau awak nak letak, letak la. Boleh tabur cili merah hiris. Siap!.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Ayam Bercili Masak Ketumbar

Selamat mencuba.

Resepi Mudah Ayam Masak Hitam Berempah

Resepi Oleh: Sharinaz Redwan