snek, Snek

Resepi Cucur Jagung Dengan Sos Pencicah Homemade

resepi-cucur-jagung-dengan-sos-pencicah-homemade

Resepi Cucur Jagung Dengan Sos Pencicah Homemade

Cucur jagung untuk 1 meal/day saya hari ni. Resipinya sama saja dengan resipi cucur kucai yang pernah saya kongsikan sebelum ni. Cuma kali ni, saya masukkan hirisan jagung. Disebabkan saya terlebih rajin, saya buatkan sosnya sekali. Resipinya dari sos hidangan set nasi ayam yang pernah saya kongsikan. Cuma saya doublekan resipi tu dan sos yang berlebihan saya simpan di dalam peti sejuk.

Bahan-Bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sdt serbuk penaik
  • 1 sdt serbuk kunyit
  • 1/2 sdt garam halus
  • 2 tongkol jagung/2 cawan isi jagung
  • 1-2 biji bawang besar (hiris nipis)
  • 2 biji cili merah (hiris halus)
  • 1 cawan ikan bilis
  • Secekak 1 cawan daun kucai (hiris)
  • 1 1/2 cawan air

Cara Penyediaan:

1. Campurkan kesemua bahan ke dalam mangkuk kecuali air. Masukkan air sedikit demi sedikit. Kacau adunan sehingga sekata.

2. Panaskan minyak masak. Ambil adunan lebih kurang satu sudu besar dan goreng dengan menggunakan api sederhana di dalam minyak yang banyak sehingga berwarna keemasan.

3. Angkat dan toskan minyak berlebihan sebelum dihidangkan dengan sos cili kegemaran anda.

Bahan Sos Cili (+-500 ml):

  • 10 biji cili merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 cawan air
  • 2 sdb cuka
  • 4-6 sdb gula pasir
  • 1 sdt garam halus
Cuba Resepi Ni:  Resepi Pankek Tanpa Telur

Cara Penyediaan:

1. Kisar cili merah dan bawang putih bersama dengan air. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama dengan cuka, gula pasir dan garam halus.

2. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih dan sedikit pekat. Siap untuk dihidangakn dengan cucur jagung.

Resepi Cucur Jagung Dengan Sos Pencicah Homemade

Resepi Oleh: Noor Ashikin Saerah