Ikan, Kari

Resepi Kari Ikan Bawal Kacang Bendi

resepi-kari-ikan-bawal-kacang-bendi

Resepi Kari Ikan Bawal Kacang Bendi

My most favourite curry. Semestinya kari ikan yang rich rasanya sampai bau pun boleh melekat kat tangan lepas makan. Harini, saya guna ikan bawal & letak banyak kacang bendi hasil tuaian dari pokok yang ditanam. Puas hati. Tak ada termakan bendi yang tua & liat.

Bahan-Bahan (5-6 orang):

  • 4 ulas bawang kecil*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 2 biji bawang besar*
  • 1 inci halia*
  • 1 sdb halba campur
  • 4 tangkai daun kari
  • 2 paket kecil serbuk kari ikan**
  • 1 sdb serbuk cili**
  • 1 1/2 sdb asam jawa + 3 cawan air
  • 1kg/ 2 ekor ikan bawal (saiz besar) (potong kepada 3 bahagian)
  • Air secukupnya
  • 1/2 cawan (100g) santan pekat
  • 18 batang kacang bendi
  • 4 tangkai cili hijau (patahkan)
  • 2 biji tomato (belah kepada 6 bahagian)
  • Garam secukupnya

Cara Penyediaan:

1. Hiris nipis bahan yang bertanda (*). Bancuhkan bahan yang bertanda (**) dengan sedikit air sehingga menjadi pes.

2. Panaskan minyak masak. Lebihkan minyak masak supaya rempah dapat ditumis dengan elok. Masukkan bahan yang telah dihiris. Tumiskan sehingga layu. Masukkan pula halba campur dan daun kari. Biarkan seketika.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kurma Telur, Ringkas Tapi Menyelerakan

3. Masukkan pes rempah kari dan serbuk cili. Masak sehingga pecah minyak (Ulang proses ini 3 kali atau lebih untuk mendapatkan kari yang cantik dan tahan lama. Masukkan air asam jawa. Biarkan sampai mendidih. Perasakan dengan garam secukupnya.

4. Masukkan santan dan ikan. Biar ikan masak. Tambahkan air jika perlu. Jangan balik-balikkan ikan dengan kerap supaya ikan tidak hancur. Akhir sekali, Masukkan cili hijau, kacang bendi dan tomato. Biarkan seketika sehingga kacang bendi sedikit lembut. Sedia untuk dihidangkan.

Resepi Kari Ikan Bawal Kacang Bendi

Resepi Oleh: Noor Ashikin Saerah