Mee

Resepi Mee Kari Kerang Padu Semangkuk Licin

resepi-mee-kari-kerang-padu-semangkuk-licin

Resepi Mee Kari Kerang Padu Semangkuk Licin

Feberet sangat mee kari satu rumah ni. Paling suka anak-anak dan suami la bertambah makan. Memang semangkuk licin, Kekna saje nak share resipi ni. Boleh la nak cuba kan.

Bahan A:

  • Isi kerang
  • 2 inci halia – kisar
  • 2 batang serai – kisar
  • Sengengam udang kering – kisar
  • 4 ulas bawang putih – kisar
  • 5 ulas bawang merah – kisar
  • Rempah kari daging ayam
  • Daun kari
  • Buah pelaga
  • Bunga lawang
  • Santan
  • Fish cake
  • Fish ball
  • Tauhu kering
  • Fucuk goreng
  • Telur rebus
  • Stok air udang dan udang tu ambil dikisar halus.
  • Kentang digoreng selepas tu dilenyek hancur

Cara Membuat:

1. Kisarkan kesemua bahan macam halia, serai, udang kering, bawang putih dan bawang merah ye.

2. Panaskan minyak, masukkan buah pelaga, bunga lawang dan daun kari. Bila naik bau wangi baru masukkan bahan yang di kisarkan. Tumiskan sampai naik bau seketika.

3. Selepas tu, masukkan rempah kari yang dah dibancuh tadi dengan sedikit air je. Selepas tu, masukkan isi udang yang di kisar. Biarkan sekejap.

4. Dah pecah minyak semuanya tu, baru la masukkan air stok udang. Biarkan seketika dan lepas tu masukkan santan. Tak payah banyak sangat, agak agak la ye.

5. Biarkan dia mereneh masak. Tambahkan kentang yang dilenyek hancur tu sekali. Tambahkan garam, masukkan fish cake, fish ball, dan juga tauhu goreng.

6. Dah siap, tutup api. Jangan lama-lama sangat nanti kembang tauhu dengan fish ball tu.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Bihun Hailam Dengan Cili Jeruk Expres

Bahan B Untuk Sambal:

  • Segengam udang – kisar
  • Bawang merah – kisar
  • Bawang putih – kisar
  • Cili kering – kisar

Cara Membuat:

1. Kisarkan kesemua bahan dia atas ye kecuali cili kering asingkan. Panaskan minyak dan masukkan bahan yang dikisar tadi tu semua.

2. Dah pecah minyak baru la masuk cili kering, gula dan garam secukup rasa. Masak sampai la betul-betul sambal tu kering, baru la hidangkan.

Dah siap. Korang yang nak SHARE tu di persilakan ye Kekna izinkan tau. Selamat mencuba.

Resepi Mee Kari Kerang Padu Semangkuk Licin

Resepi Oleh: Zana Mokhtar