Nasi

Resepi Nasi Goreng Cili Kering

resepi-nasi-goreng-cili-kering

Resepi Nasi Goreng Cili Kering

Bahan-Bahan:

Nasi putih 2 pot besar
Sawi
*Ikan bilis (asingkan untuk blend & untuk goreng)
*Bawang putih 4 ulas
*Bawang merah sederhana besar 2 biji
*Cili kering 2 genggam (ikut tahap kepedasan masing-masing) – rendam dalam air lebih kurang 10 minit, seeloknya belah & buang biji
2 biji telur

Cara Membuat:

1. Tumbuk kasar semua bahan bertanda *. Tapi saya tak tumbuk, saya blend kering. Blend kering (jangan bubuh air) bahan bertanda *, saya guna blender kering yang kecik.

2. Mula-mula saya blend bawang putih + bwg merah, blend kasar ikan bilis, blend kasar cili kering.

3. Goreng telur (hancurkan) dan asingkan. Goreng ikan bilis dan asingkan.

4. Tumis bahan-bahan yang sudah diblend menggunakan minyak goreng ikan bilis tadi. Bila dah naik bau dan agak kering, masukkan nasi, telur yang dah digoreng, ikan bilis, sawi, garam, dan sedikit perasa.

5. Gaul sebati dan bila sawi dah layu, rasam, siap untuk dimakan. Masak simple je janji tekak boleh telan.

Resepi Oleh: Ros Sabariah