Mee

Resepi Mee Goreng Sambal Sotong ala Penang

resepi-mee-goreng-sambal-sotong-ala-penang

Resepi Mee Goreng Sambal Sotong ala Penang

Dah berkali-kali pergi Penang, tapi menu ni tak pernah merasa sekali pun. ⁣ Kadang jem la, salah kedai laa, mee habis la. Sedih!

Bahan Sambal Sotong:

  • 1 ekor sotong kembang (hiris)⁣
  • 2 biji bawang besar *⁣
  • 2 ulas bawang putih *⁣
  • 5-7 tangkai lada kering* (rendam sampai lembut)⁣
  • 1 cawan minyak masak ⁣
  • 1 keping kecil gula melaka ⁣
  • 1 asam keping ⁣
  • 5 cawan air ⁣
  • garam dan serbuk perasa secukup rasa

Cara Membuat:

1. Kisar bahan bertanda (*) sampai lumat. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sampai garing dan pecah minyak. Masukkan gula melaka, asam keping dan sotong. Kacau sebati.

2. Tambah air dan kacau sekali sekala sehingga sambal masak dan pecah minyak, dan sotong empuk. Tutup api.

Bahan Mee Goreng:

  • 1 cawan sambal sotong (sambal sahaja)⁣
  • 1 paket fishball (potong)⁣
  • 2 keping tauhu (goreng dan hiris)⁣
  • 2 cawan kobis⁣
  • 3 biji telur ⁣
  • 4-5 sudu besar Sos Magic @rahsiaquali.hq ⁣
  • 1 bungkus mee kuning
Cuba Resepi Ni:  Resepi Megi Ketam

Cara Membuat:

1. Goreng tauhu sampai garing, angkat dan hiris. Panaskan semula sambal, masukkan fishball dan kacau sebati.

2. Masukkan Sos Magic, kacau dan tambah mee kuning. Kacau sampai semua sekata. Kecilkan api, ketepikan mee, pecahkan telur.

3. Tambah kobis dan tauhu gorneg dihiris. Kacau sampai semua masak sekata. Hidangkan mee dengan sambal sotong. Dengan hirisan limau.

Resepi Mee Goreng Sambal Sotong ala Penang

Resepi Oleh: Dapurfaafeefoo