Lempeng Lejen Gebu Dengan Sambal Cili Api
Pagi ni cuaca mendung syok oi kalau sarapan dengan lempeng lejen dan sambal cili api. Sok sek sok sek kepedasan. Lagi pedas, lagi laju tangan menyuap.
Lempeng tu gebu giler dari pagi sampai malam. Lembut je, memang anak-anak suka betul. Cecahkan dengan Kari pun sodap.
Gabungan mantap lempeng lejen dan sambal cili api. Memang sedap sampai susah nak cakap lah. Gebus dan lembut dari pagi sampai malam. Tapi ini tak sempat pun. Sekejapan saja dah habis.
Bahan-Bahan Lempeng Gebu:
- 2 cawan tepung gandum
- 2 1/2 cawan air
- 1 biji telur
- 1 sdb gula
- 2 sdb minyak
- 1 sdt garam
- 1 sdt baking powder
Cara Membuat:
1. Satukan semua bahan dalam mangkuk besar (Kakchik guna gula perang). Masukkan air, air biasa saja. Tak perlu air sejuk bagai. Kacaukan sebati.
2. Dah sebati, perapkan bahan lempeng lebih kurang sejam untuk baking powder tadi bertindak balas. Sebelum subuh bancuh, lepas settle semua dah boleh melempeng. Senang je kan?
3. Ambil sesenduk bancuhan tepung yang telah kita perap tadi atas kuali yang telah dipanaskan. Kakchik guna kuali anti lekat.
4. Kakchik buat comel-comel saja. Gunakan api kecil, biarkan dia keluar buih gitu. Itu petanda lempeng kita helok kejadiannya. Kompem lembut.
5. Terbalikkan tau. Kakchik suka agak garing. Barulah seksi gitu. Tengok cantikkan?. Satu bancuhan tadi dapat lebih kurang 8 keping semuanya. Kejap lagi nak bancuh lagilah. Kakchik seorang 3 keping. Buat tau.
Bahan-Bahan Sambal Cili Api:
- 1 biji bawang merah*
- 2 ulas bawang putih*
- 1/4 cawan bilis*
- 10 biji cili api merah*
- 20 biji cili api hijau*
- 1/2 saiz bola pingpong asam jawa
+ Kisar kasar bahan yang bertanda (*)
Cara Membuat:
1. Dalam kuali, masukkan semua bahan yang telah dikisar kasar tadi. Tumis sampai semua bahan garing dan pecah minyak. Bau dia masa ini pergh padu oi. Sambal ni kalau nak buat nasi goreng pun boleh. Baki nanti boleh disimpan.
2. Masukkan bancuhan air asam jawa. Kacau-kacaukan semua bahan. Biarkan sambal memekat. Kakchik masukkan bawang extra. Suka ada bawang hiris, barulah nampak cantik sambal kita nanti. Hehehe. Tak nak bubuh pun takpe. Tak marah ehhh.
3. Perasakan dengan gula, ini gula perang tau. Jangan lupa garam juga, ejas rasa tau. Kalau suka serbuk perasa pun boleh bubuh. Kakchik tak bubuh dah. Kacaukan semua bahan, boleh lah matikan api. Jom mamam.
4. Tada. Hidangkan pada anak-anak dan suami. Lempeng lejen ini lembut dan gebu sampai malam. Nak buat meniaga pun boleh tau. Buat set dengan sambal cili api tu. Selamat mencuba gais.
Resepi Oleh: Umi Watie