Resepi Roti Sisir Pandan Mudah Tak Perlu Uli
Bahan-Bahan:
- 250g tepung high protein/tepung gandum serbaguna
- 100g air putih
- 70g susu pekat manis
- 1/2 sudu makan gula pasir
- 1 biji telur
- secubit garam
- 1 sudu makan marjerin/butter
- 1 sudu kecil bread softtener/improver (optional)
Cara Membuat:
1. Campurkan air, susu pekat manis, gula, telur dan yis ke dalam bekas. Kacau rata. Kalau nak buat roti sisir pandan, masukkan sekali paste pandan masa ni. Kemudian masukkan tepung dan garam. Kacau sebati pakai spatula.
2. Kemudian masukkan butter atau marjerin. Kacau rata. Masa ni boleh uli sikit dengan tangan sekadar nak sebatikan butter/marjerin tu je. Kemudian terus perap 30 minit. Tak payah uli. Doh memang lembik ye. Biar je lembik. Jangan tambah tepung.
3. Cukup 30 minit, bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil. Saya bahagi 7, Tak timbang pun. Potong agak-agak sama besar je. Lepastu canai leper. Gulung memanjang. Susun dalam acuan yang dah disapu marjerin.
4. Kemudian perap sampai kembang hingga 3/4 tinggi acuan. Sapukan dengan susu segar sebelum bakar. Bakar 20 minit pada suhu 180c selama 20 minit. Dah bakar, sapu dengan marjerin.
Nota:
- Resepi yang beliau kongsi ni memang tak payah uli ye. Memang menjadi. Sebab saya dah cuba.
- Satu lagi, kalau ada yang nak tambah bread improver/softener, tambah je dalam 1 sudu kecil setiap bahan tu. Jangan banyak sangat. Nanti tak sedap. Tapi kalau tak tambah pun, ok je. Sebab resepi asal takda pun guna bahan tu. Elok je kejadian.
- Resepi asal guna tepung HP, tapi saya guna tepung gandum serbaguna cap lily je. Jadi jugak. Cuma doh memang sangat-sangat lembiklah. Kena sapu meja/tangan dengan minyak supaya mudah uruskan doh tu. Yang tak pandai uruskan doh lembik, saya cadangkan ikut bulat-bulat resepi yang dikongsikan tu.
- Masa perap/proofing tak tentu. Hari ni hujan sepanjang hari. Sejuk. Saya pulak malas nak perap dalam oven. So 3 jam jugaklah saya perap tadi. Sampai naik 3/4 tinggi acuan. Camna nak tahu cukup perap atau tidak? Tekan doh. Kalau keras, masih belum cukup perap. Kalau penyek, tak kembali ke bentuk asal, terlebih perap. Masam. Kalau tekan, doh melantun balik ke bentuk asal, dah cukup perap.
Tu jela tips yang saya ada. Lain-lain belum cukup ilmu lagi. Selamat mencuba.
Dicuba Oleh: Khairunnisa Mohammad