Ayam

Ayam Masak Sos Tiram Madu Mudah Air Fryer

ayam-masak-sos-tiram-madu-mudah-air-fryer

Ayam Masak Sos Tiram Madu Mudah Air Fryer

Sambil buat kerja boleh siapkan masak Ayam Masak Sos Tiram Madu, guna air fryer je. Insyaallah tak renyah nak masak. Jom masak.

Bahan-Bahan:

  • 1/2 ekor ayam
  • 4 ulas bawang putih – cincang
  • 1 biji bawang besar holland – hiris
  • 1 biji cili besar – hiris
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar madu
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • Garam

Bahan Perap:

  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil madu

Cara Memasak:

1. Perapkan ayam dengan bahan perap. Kemudian, masak ayam dalam air fryer pada 200C selama 25 minit. Pada minit ke 15 pusingkan ayam kemudian sambung sehingga masak.

2. Dalam kuali tumis bawang putih hingga naik bau wangi. Masukkan bawang besar. Tumis seketika.

3. Masukkan sos tiram, madu, lada hitam dan kicap manis. Kalau suka masin boleh tambahkan sedikit garam, jangan banyak sangat sebab sos dah masin.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Ayam Goreng Pedas Korea

4. Masukkan ayam. Kacau-kacau hingga ayam dan sos sebati. Taburkan cili merah. Siap masak.

Selamat memasak korang.

Ayam Masak Sos Tiram Madu Mudah Air Fryer

Resepi Oleh: Khadijah Jaafar