Masakan Barat

Resepi Kentang Bakar Inti Daging Berkeju

resepi-kentang-bakar-inti-daging-berkeju

Resepi Kentang Bakar Inti Daging Berkeju

Mana tahu dapat idea untuk makan malam nanti. Kentang bakar yang senang dibuat sedap dimakan, yang ni inti daging dan toping cheese.

Bahan-Bahan:

  • 3 biji kentang US – kentang apa pun boleh, janji yang besar
  • 6 keping cheedar cheese secukupnya
  • 1 mangkuk kecil daging cincang – saya guna daging burger ramly, siat-siatkan
  • 1 sudu serbuk kecil lada hitam
  • 1 labu bawang besar – dicincang
  • 4 ulas bawang putih – dicincang
  • 3 sudu kecil sos prego/sos tomato
  • 3 sudu kecil mayonis
  • 2 sudu kecil serbuk kari daging
  • 1 sudu cili
  • daun bawang – hiris kecil-kecil
  • oregano
  • Sedikit butter
  • Garam
  • minyak zaiton

Cara Membuat:

1. Kentang dibasuh dan gosok bersih kulitnya sebab kita bakar dengan kulit-kulit. Belah dua kentang, sapukan kentang dengan minyak zaiton dan tabor sedikit garam.

2. Letakkan kentang di atas baking tray yang besar. Panaskan oven dengan suhu 200˚C.

3. Bakar kentang selama lebih kurang 40 minit. Selepas 25 minit pertama balikkan kentang supaya ia masak rata. Sambung bakar lagi hingga genap 40 minit atau sehingga kentang lembut.

4. Keluarkan kentang dari oven dan sejukkan sebentar. Korek isinya, hanya tinggalkan kira-kira 1/4 – 1/2 inci isi kentang (bergantung saiz kentang yang anda guna) pada kulitnya. Lenyek-lenyek separuh isinya sebab kita nak masukkan dalam inti nanti.

Resepi Kentang Bakar Inti Daging Berkeju

5. Tumis bawang dengan butter hingga layu, kemudian masukkan daging, sos, serbuk kari, mayonis, garam dan lada hitam. Rasa ler masin pedasnya.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Chicken Chop dengan Sos Lada Hitam Prego

6. Bila daging dah masak, masukkan isi kentang tadi. Jangan masuk semua, agak-agak lah, saya ambil dalam separuh isinya. Kacau rata. Tutup api, masukkan daun bawang.

7. Intikan setiap kentang yang dikorek tadi dengan daging dan letak cheese di atasnya. Tabur oregano atau mixed herbs di atas cheese.

8. Aturkan kentang di atas baking tray. Bakar lagi kentang selama kira-kira 8 hingga 10 minit, atau sehingga cheesenya cair.

Resepi Kentang Bakar Inti Daging Berkeju

Resepi Oleh: MrsNor Wahid