
Resepi Macaroni Cheese Super Sedap
Dulu suka sangat pergi satu kedai western ni. Memang saya akan order macaroni cheese, tapi sekarang dah tutup. Dok pikir, macam mana nak buat macaroni cheese sesedap macam kedai tu buat. Try try try n error, asyik fikir fikir, akhirnye dapat juga buat macaroni cheese seakan kedai favourite ika.
Bahan Bahan:
- 3 cwn Macaroni
- Air secukupnye untuk rebus macaroni
- Sedikit minyak untuk rebus macaroni
- 3 pcs cheese keping
- 1 cawan cheese powder
- 1 sudu parsley, 1 sudu basil, 1 sudu oregano
- 3 cawan susu segar
Cara Membuat:
1. Rebus dulu macaroni dengan air dan minyak, rebus sampai macaroni kembang. Angkat dan toskan.
2. Dalam kuali yang lain, masukkan susu segar. Masukkan cheese keping semuanya. Masukkan pula cheese powder, ni rahsia kesedapan macaroni cheese.
3. Seterusnya, masukkan bahan-bahan rempah Italy, parsley, basil, dan oregano. Last sekali, masuk macaroni yang dah direbus tadi.
4. Gaulkan kesemua bahan-bahan dan macaroni sehingga sebati. Ok dah siap, nak kuah banyak, banyakkan susu.
Kalau nak rasa lagi sodap, boleh etak mozarella cheese. Tu lagi bertambah sedap.
Resepi Oleh: Noratiqah Nordin