Resepi Telur Dan Tauhu Masak Kicap Cili Hijau
Bahan-Bahan:
- 8 biji telur (direbus dan dibuang kulit)
- 1 ketul tauhu (dipotong 6)
- 1 biji tomato (dipotong)
- 2 sudu besar ikan bilis (dibersihkan)
- Cili padi merah 7 batang
- Cili padi hijau 7 batang
- 1 sudu kecil perencah sup
- 2 sudu besar SOS tiram
- 5-6 sudu besar kicap Manis
- 1 sudu besar gula
- 1 sudu kecil serbuk perasa
- 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Bahan Kisar:
- 7 batang cili hijau
- 2 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak untuk menggoreng telur, minyak hendaklah betul-betul panas. Masukkan telur, masak sehingga 1-2 minit dan angkat atau permukaan telur diluar sedikit garing. Tujuan goreng telur adalah untuk sambal cantik bersalut pada permukaan telur dan sambal telur pun susah nak basi.
2. Gorengkan tauhu sehingga sedikit garing (ketepikan). Goreng pula ikan bilis sehingga rangup (ketepikan). Minyak yang Sama, tumiskan bahan yang dikisar sehingga kering.
3. Masukkan cili padi hijau, merah, dan tomato. Kemudian, masukkan pula sos tiram, kicap manis, serbuk sup, serbuk perasa, serbuk kunyit dan gula. Serta gaul rata.
4. Akhir sekali, masukkan telur, tauhu, ikan bilis yang telah digoreng. Masak seketika dan padamkan api. Angkat dan siap dihidang.
Peminat Sambal Boleh Cuba Sambal Minang Ni. Bertambah Selera >> LIHAT DI SINI
Resepi Oleh: Nurul Ateekah