Sarapan, Snek, snek

Resepi Sandwich Dengan Inti Daging Burger

resepi-sandwich-dengan-inti-daging-burger

Resepi Sandwich Dengan Inti Daging Burger

Sandwich daging burger. Saya kalau teringin makan burger, dagingnya saya suka tambah bahan lain untuk membuat rasanya lebih berperisa dan berjus.

Bahan Campuran:

  • 3 keping daging burger
  • 1/2 bawang kuning – dipotong dadu
  • 1/2 daun sup
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1 biji telur ayam

Cara Membuat:

1. Kacau semua bahan sekali hingga sebati. Saya tak tambah sebarang garam sebab bagi saya daging sedia ada memang dah ada rasa masin.

2. Bahagikan adunan daging kepada dua dan bentukkan bebola. Panaskan sedikit minyak masak dan letakkan bebola daging tadi. Leperkan dan masak seperti biasa.

3. Letak sekeping keju di atas daging dan tutup kuali. Kita biarkan keju cair.

4. Letakkan dahulu sekeping roti gardenia, letkkan sayur salad, dan tomato di atasnya. Kemudian letakkan daging burger bersama keju cair.

5. Letakkan sos di atasnya. Sos atas citarasa masing-masing macam saya lebih suka sos lada hitam untuk dilawan bersama rasa lemak keju.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Nasi Goreng Cili Kering

6. Akhir sekali, tutup dengan roti gardenia. Potong dua untuk dimakan bersama pasangan anda. Selamat mencuba.

Resepi Sandwich Dengan Inti Daging Burger

Resepi Oleh: Zurina Zulkefli