Cara Buat Laksa Kuah Lemak Kelantan

Cara Buat Laksa Kuah Lemak Kelantan

Bahan-Bahan Kuah:

  • 2 ekor ikan kembung
  • 2 keping asam gelugur
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bwg putih
  • Sehiris halia
  • 1/2 sdm serbuk lada hitam
  • 1 sdk lada sulah
  • 1/2 kotak kecil (100ml) santan (jika suka lemak guna 1 kotak terus)
  • 3 cawan air
  • Garam secukup rasa

Bahan Sampingan:

  • 500g laksa basah dicelur
  • Timun
  • Bunga kantan
  • Kacang panjang
  • Daun kesum
  • Taugeh

+ Hiris ulam-ulaman kecuali taugeh

Sambal Belacan:

  • 1 bj cili masak
  • 10 bj cili siam/padi
  • 2 ruas jari belacan
  • 1 bj limau kasturi
  • Garam n gula secukup rasa

+ Tumbuk semua bahan kecuali limau kasturi, jangan lumat sangat. Perahkan limau kasturi dan balancekn rasa.

Cara Memasak Kuah:

1. Rebus ikan bersama 3 cawan air dan asam gelugur. Bila air dah mula mendidih dan ikan nampak masak, keluarkan ikan dan asingkan isi dari tulang.

2. Tumbuk atau kisar isi ikan. Kisar tulang ikan dengan sedikit air rebusan ikan tadi dan tapis, kemudian masukkan ke dalam periuk kuah.

3. Kisar bawang besar, bawang putih dan halia dengan sedikit air rebusan ikan. Masukkan ke dalam periuk kuah bersama isi ikan, santan, serbuk lada hitam, lada sulah dan garam.

4. Didihkan kuah sehingga nampak pekat. Kacau selalu supaya kuah santan tidak pecah. Balancekan rasa jika ok tutup api dan hidangkan bersama bahan sampingan serta sambal belacan.

Cara Buat Laksa Kuah Lemak Kelantan

Resepi Oleh: Kak Roy