Daging

Resepi Kurma Daging Style Kenduri Orang Kelantan

resepi-kurma-daging-style-kenduri-orang-kelantan

Resepi Kurma Daging Style Kenduri Orang Kelantan

Jarang-jarang ambo buat tetapi malam tadi terasa nak makan ni, sebab inilah lauk kenduri orang kelantan. Kami panggil daging gulai buku besar. Dulu-dulu kenduri makan berhidang semua pakat-pakat cubit lauk ni. Dibuat seketul besar untuk 5 orang makan disamping lauk-lauk yang lain. Saya sedekahkan resepi di hari jumaat yang barakoh ini jika ada yang ingin mencubanya.

Bahan-Bahan:

  • 1 kg daging potong ikut suka kalau nak cepat lembut daging tersebut tumbuk dengan lesung kemudian rebus biar empuk.
  • 6 biji kentang potong
  • 2 batang Daun ketumbar ambik akarnya sekali potong. Simpan sedikit untuk hiasan.
  • 2 biji cili merah besar dan 2 biji hijau belah 2
  • 2 biji tomato belah 4 setiap 1
  • 1 batang karet potong memanjang 2 inci
  • 2 labu bawang merah besar belah 4
  • 1 biji kelapa ambik 6 cawan santan
  • Sedikit air asam jawa
  • 2 sudu kerisik jika suka tak masuk pun tak pe

Bahan Untuk Tumis:

  • 4 sekawan bunga lawang buah pelaga cengkih dan kayu manis
  • 6 sudu besar serbuk kurma bancuh dengan sedikit air
  • 2 labu bawang merah besar*
  • 5 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*

Semua bahan bertanda (*) dimayang halus atau blend saya pakai turbo chopper tupperware senang tak berair.

Cara Membuat:

1. Panaskan minyak masuk 4 sekawan dan bahan yang mayang tadi hingga naik bau dan kekuningan. Masuk rempah kurma, kacau sehingga naik minyak, masuk batang dan akar daun ketumbar. Kacau lagi sehingga agak-agak pekat naik minyak.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Gulai Daging Dengan Rebung

2. Kemudian, masukkan air rebusan daging tadi sedikit, kacau bagi kering baru masuk daging dengan kuah selebihnya. Biar mendidih, masukkan air asam jawa, garam, gula, dan secukup rasa. Bila air dah pekat, masukkan santan dan ubi kentang.

3. Bila ubi empuk dan kuah dah pekat, masuk kerisik dan sayur sayuran seperti karet, tomato, cili, dan bawang besar. Biar mendidih pekat dan rasalah apa yang kurang tambah.

4. Tada dah siap boleh tabur daun ketumbar dan makan dengan nasi putih, nasi minyak, roti atau apa-apa yang kita suka. Selamat mencuba semoga bermanfaat.

Resepi Kurma Daging Style Kenduri Orang Kelantan

Resepi Oleh: Azizah Daud