Kek

Kek Pisang Oreo Crumble Bersama Taburan Cheese

kek-pisang-oreo-crumble-bersama-taburan-cheese

Kek Pisang Oreo Crumble Bersama Taburan Cheese

Resepi mudah kek pisang Oreo crumble bersama dengan taburan Cheese. Zie potong kecil-kecil saiz mulut mudah makan.

Bahan-Bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 5 biji pisang emas, pisang berangan pun boleh atau apa-apa pisang yang dah masak dan tiada biji
  • 4 biji telur saiz A
  • 3 sudu besar gula castor
  • 1 cawan minyak masak saji
  • 1 sudu kecil esen pisang/vanilla
  • 1 cawan teh brown sugar
  • secubit garam
  • Coklat cip atau hirisan pisang untuk hiasan diatas kek

Cara Membuat:

1. Kisar kesemua bahan kecuali tepung gandum dan soda bikarbonat. Tuang adunan tadi ke dalam bekas besar, masukkan tepung gandum dan soda bikarbonat, gaul hingga sebati dengan senduk.

2. Sapu sekeliling loyang dengan butter atau minyak dan tuang adunan ke dalam loyang. Susun beberapa keping hirisan pisang sebagai hiasan diatasnya.

3. Bakar selama 50 minit dengan suhu 170 celsius atau mengikut oven masing-masing sehingga masak. Jika suka boleh hidang bersama taburan Oreo dan Cheese yang telah disagat.

Kek Pisang Oreo Crumble Bersama Taburan Cheese

Resepi Oleh: Aisyah Humaira